Tarikh: 25th April 2014, Friday
Cuaca Terkini: Mostly Cloudy,  Suhu: 27°C,  Ribut: 8.05km/h
Lesen Perniagaan
Apakah Lesen Perniagaan?
·         Lesen Perniagaan adalah satu lesen yang dikeluarkan di bawah Ordinan Pelesenan Perniagaan, 1948, Cap 144.  Secara umumnya, Lesen Perniagaan adalah merupakan suatu dokumen yang boleh melayakkan seseorang itu untuk menjalankan perniagaannya mengikut jenis-jenis perniagaan yang dinyatakan di dalam lesen itu.
 
Siapakah yang boleh memohon Lesen Perniagaan?
·         Pemohon hendaklah berumur 18 tahun ke atas dan mestilah penduduk tempatan atau penduduk tetap di Sabah.
 
Perlukah pemohon hadir sendiri untuk membuat permohonan?
·        Pemohon-pemohon adalah digalakkan supaya membuat permohonan Lesen Perniagaan dengan sendiri kecuali bagi syarikat atau firma.

Bagaimana untuk memohon Lesen Perniagaan?
·        Pemohon mesti melengkapkan borang permohonan untuk Lesen Perniagaan.  Borang permohonan, Borang A boleh diperolehi di Kaunter Pelesenan, Bahagian Pelesenan, Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Borang A adalah berharga RM1.00.
 
·        Satu salinan kad pengenalan pemohon yang telah disahkan benar oleh Pesuruhjaya Sumpah hendaklah disertakan bersama dengan borang permohonan.
 

·         Pemohon hendaklah menunjukkan:
o        Penyata cukai taksiran rumah/bangunan yang telah dijelaskan bayarannya kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
o        Satu surat perjanjian sewa premis perniagaan atau surat perjanjian jual/beli permis perniagaan.
 
·        Borang yang telah lengkap diisikan hendaklah dihantar di kaunter pelesenan, Bahagian Pelesenan.
 
Berapakah bayaran Lesen Perniagaan?
 
·         Mengikut Jadual Pertama (Seksyen 7(1), Ordinan Pelesenan Perniagaan 1948, Cap 144, bayaran lesen berniaga adalah sebanyak RM25.00 setahun. Manakala untuk memproses lesen pula dikenakan bayaran sebanyak RM5.00.
 
Berapa lamakah masa untuk mengeluarkan Lesen Perniagaan?
  • Masa yang diperlukan untuk mendapatkan lesen berniaga adalah dari 10 hingga 15 hari kerja.
Bilakah tempoh sah bagi Lesen Perniagaan?
  • Temph sah bagi semua Lesen Perniagaan akan tamat pada 31hb Disember.
Bagaimana untuk memperbaharui Lesen Perniagaan?
  • Untuk memperbaharui lesen berniaga, setiap pemohon hendaklah mengisi dengan lengkap borang pembaharuan yang disediakan di Kaunter Pelesenan dengan harga RM1.00.
Perlukah Lesen Perniagaan dipamerkan di premis perniagaan?
  • Mengikut Seksyen 12(2), Ordinan Pelesenan Perniagaan, 1948 Cap 144 setiap Lesen Perniagaan mestilah dipamerkan di tempat yang mudah dilihat (nyata) dalam setiap premis perniagaan.

UNTUK KETERANGAN LANJUT:
 
Sila hubungi:  088-521800


Carian website DBKK:
Mendaftar Buletin
Terima maklumat untuk acara-acara baru dan berlaku disini!
Rujukan