Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah tahun 2023 yang akan diadakan pada 31 Julai 2023 bermula jam 7.30 pagi sehingga jam 9.30 pagi bertempat di Padang Merdeka Kota Kinabalu Sabah. Persembahan Sambutan Hari Pahlawan akan dimulakan dengan perarakan masuk kontinjen perbarisan dari Jabatan Kerajaan Berpakaian Seragam Rasmi, Bacaan Sajak Pahlawan, Persembahan Khas yang dipimpin oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan Pameran Pahlawan.

Jangan lepaskan peluang menyaksikan Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Sabah tahun 2023 ini. Jumpa di Padang Merdeka Kota Kinabalu...

...

PROGRAM MALL HUNT SEMPENA KEMPEN BULAN KESEDARAN 'MY CITY, MY RESPONSIBILITY' 2.0
Tarikh: 29 Julai 2023
Masa: 10.00 pagi
Tempat : Suria Sabah

Maklumat terkini, yuran peserta akan dikembalikan sepenuhnya pada hari acara mengikut kepada TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN di dalam pautan di bawah.

Terhad kepada 50 kumpulan yang terawal mendaftar. PENDAFTARAN MALL HUNT https://forms.gle/f4xWx6fci1tUb5L96

Jom sertai Projek Anak Angkat atau Pertandingan KK Phone Booth Art Gallery 2023! Sila imbas kod QR pada brosur atau klik pautan di bawah untuk mengetahui syarat-syarat dan mengisi borang penyertaan sekiranya berminat.
Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak urusetia, Jabatan Pembangunan Pelancongan Bandaraya DBKK di talian 012-3484761.                                             
 
PERTANDINGAN KK PHONE BOOTH ART GALLERY 2023 (Creativity)
PROJEK ANAK ANGKAT KK PHONE BOOTH ART GALLERY 2023

Kaunter Pembayaran DBKK di Centre Point akan ditutup bermula hari ini JUMAAT 07/07/2023 sehingga kerja-kerja pembaikan selesai disebabkan oleh kebocoran paip kumbahan. Kerja-kerja pembaikan sedang dilakukan. Hebahan akan dimaklumkan setelah kerja-kerja pembaikan selesai.

Walaubagaimanapun, pembayaran bil DBKK boleh dibuat melalui :
Portal DBKK e-Services, Aplikasi GO DBKK, Aplikasi SabahPay

Sebarang pertanyaan berkaitan bil cukai kadaran boleh menghubungi nombor :
012 – 889 1249, 012 – 897 1249 & 012 – 885 1249