Kandungan

 

 

  1. NOTIS KEPADA PEMBAYAR CUKAI.

Apa itu cukai kadaran?

Cukai Kadaran adalah cukai yang dikenakan ke atas harta yang terletak di dalam kawasan perkadaran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu di bawah Ordinan Kerajaan Tempatan (1961) Bahagian 10(X) ke 12 (XII), seperti :

  • Rumah kediaman (rumah pangsa, pangsapuri, kondominium, rumah teres, banglo, rumah kedai dan lain-lain).
  • Harta perniagaan/perusahaan (kedai, kilang, stesen minyak, gudang, hotel, panggung wayang, bengkel, bangunan pejabat dan lain-lain).
  • Tanah kosong

 

Kembali ke atas

Mengapa cukai kadaran dikenakan?

  • Pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan awam seperti dewan orang ramai, tandas awam, perhentian bas, padang permainan kanak-kanak dan tempat rekreasi, pasar dan sebagainya.
  • Pembersihan kawasan perumahan/perniagaan, kilang, taman-taman dan tempat-tempat awam.
  • Pembinaan dan penyelenggaraan infrastruktur seperti jalan, parit, longkang dan sebagainya.
  • Penyediaan dan penyelenggaraan lampu-lampu jalan.
  • Pembangunan kawasan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

 

Kembali ke atas

Bilakah cukai kadaran patut dibayar?

Cukai kadaran perlu dibayar empat (4) kali setahun iaitu:

  • Suku Tahun Pertama di antara 1 Januari hingga 31 Mac.
  • Suku Tahun Kedua di antara 1 April hingga 30 Jun.
  • Suku Tahun Ketiga di antara 1 Julai hingga 30 September.
  • Suku Tahun Keempat di antara 1 Oktober hingga 31 Disember.

Juga boleh dibayar sekaligus untuk bayaran 1 tahun dan rebet 5% akan diberikan sekiranya Pembayaran dibuat sebelum 31 Mac tahun tersebut.

 

Kembali ke atas

Apakah yang perlu dibuat sekiranya bil tidak diterima?

  • Jika anda tidak menerima bil untuk sesuatu tempoh pembayaran, sila dapatkan salinan bil dengan segera daripada Unit Cukai Kadaran, tingkat bawah Bangunan DBKK atau menghubungi No. Tel: 088-521757, 521758, 521759, 521896, 521897, 521898 dalam masa bekerja atau email ke This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it..
  • Kemaskini alamat terkini dengan mengisi borang pengemaskinian alamat dan kemukakan kepada Jabatan Penilaian di tingkat bawah bangunan DBKK.

 

Kembali ke atas

Apakah yang terjadi kepada pemilik harta jika tidak menjelaskan cukai dalam tempoh bayaran tersebut?

  • Denda 2% faedah atas jumlah tunggakan akan dikenakan pada setiap suku.
  • RM5.00 akan dikenakan untuk notis pemberitahuan bagi setiap suku.
  • Tindakan mahkamah.

 

Kembali ke atas

Apakah yang perlu dibuat jika anda menjual/menukar milik/mewariskan bangunan/tanah?

  • Memaklumkan Jabatan Penilaian, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
  • Sertakan salinan geran hakmilik yang mempunyai nama pembeli atau perjanjian jual beli.
  • Sertakan salinan resit cukai kadaran terbaru yang telah dijelaskan

 

Kembali ke atas

Jika pemilik tidak mampu menjelaskan terus tunggakan, bolehkah dijelaskan secara ansuran?

Pemilik dinasihatkan supaya datang sendiri ke Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Unit Cukai Kadaran untuk membincangkan perkara ini dengan Akauntan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Permohonan akan dipertimbangkan.

 
Kembali ke atas

Apakah kemudahan pembayaran yang ada?

  • Bayaran melalui tunai, cek, kad kredit MBF, Amex, Visa, MBF Call N Pay, draf bank, kiriman wang pos atau melalui internet

http://www.maybank2u.com.my,
http://www.alliancebank.com.my,
http://www.pbebank.com
http://www.hsbc.com.my
dan
e-cukai DBKK

Bayaran melalui cek hendaklah dibuat atas nama:

DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU dan dipalang “Akaun Penerima Sahaja”. Sila catat nombor telefon anda di belakang cek tersebut dan No. Rujukan Bil Cukai Kadaran.

Kembali ke atas

Dimana ianya boleh dibayar?

  • Kaunter-kaunter bayaran cukai kadaran DBKK boleh dibuat di lokasi berikut:
Hari

Kaunter Utama

(Ibu Pejabat DBKK)

Kaunter Damai

Kaunter CPS


 Isnin hingga Khamis


 7.30 pagi hingga 4.30 petang

 8.00 pagi hingga 12.30 tengah hari

 1.30 petang hingga 3.30 petang

 8.00 pagi hingga 1.00 petang

 2.00 petang hinggga 3.30 petang


 Jumaat


 7.30 pagi hingga 4.30 petang

 8.00 pagi hingga 11.30 pagi

 2.00 petang hingga 3.30 petang

 8.00 pagi hingga 11.30 pagi

 2.00 petang hingga 3.30 petang


Kaunter-kaunter bayaran cukai kadaran DBKK boleh dibuat di lokasi berikut:

- Ibu Pejabat DBKK
- Kaunter Pembayaran Pejabat Pos
- Kaunter Pembayaran SESB
- Kaunter Pembayaran Jabatan Air
- Kaunter Dewan Serbaguna Damai DBKK
- Bangunan UTC Tingkat 6

 

- Kaunter Centre Point Tingkat 7, DBKK
- HSBC Bank
- Alliance Bank
- Maybank
- Public Bank
- Kiosk DBKK

 

 

Kembali ke atas


Notis kepada pembayar cukai?

  1. Rebet 5% akan diberikan jika cukai tahunan dibayar sepenuhnya pada atau tahun sebelum 31hb Mac.

  2. Diskaun diberikan sekiranya tunggakan cukai kadaran dijelaskan sekaligus

    Notis Pemberitahuan 100%
    Faedah 50%

  3. Diskaun diberikan sekiranya tunggakan cukai kadaran dijelaskan 2 kali

Notis Pemberitahuan 100%

Faedah 25%

Sempena dengan Kempen Galakan Membayar Cukai Kadaran pada Januari hingga Mac setiap tahun pemberian diskaun adalah seperti berikut:
Pembayaran perlu dibuat sebelum 31 Mac setiap tahun.

Suku

Pemberian diskaun

Notis Pemberitahuan

Faedah

Pertama
Januari - Mac

Rebet 5% pembayaran
Cukai Kadaran Tahunan

100% diskaun

75% diskaun

 

4. Kegagalan menerima bil tidak akan melepaskan tanggungan anda daripada membayar cukai dan faedah jika pembayaran lewat

5. Nombor rujukan harta hendaklah dinyatakan dalam semua surat-menyurat dengan DBKK.

6. Sebarang perobohan bangunan bercukai perlu dilaporkan kepada DBKK dengan segera.

 

UNTUK KETERANGAN / PERTANYAAN LANJUT SILA HUBUNGI PADA TEMPOH BEKERJA:

088-521758
088-521759
088-521896


Kembali ke atas