BUNGA PASU
 
PENGENALAN
 
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu menyediakan perkhidmatan penyewaan pasu-pasu bunga kepada semua Jabatan/Agensi Kerajaan, pihak swasta dan orang perseorangan untuk tujuan seperti berikut:
 
  • Menghiasi dewan untuk majlis rasmi, mesyuarat, persidangan dan perkahwinan.
  • Menyerikan ruang pameran dan sebagainya
Pokok bunga yang beraneka jenis, subur dan menarik boleh dilihat di Tapak Semaian DBKK, Likas Kota Kinabalu.
 
PROSEDUR MEMBUAT PENYEWAAN
 
  • Anda hanya perlu menulis surat secara rasmi kepada Jabatan Landskap dan Seni Taman, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Tingkat 7, Bangunan Centre Point, 88675 Kota Kinabalu.
  • Pihak swasta atau orang perseorangan dikehendaki mengisi borang di Jabatan Landskap dan Seni Taman, Tingkat 7, Bangunan Centre Point, 88675
KADAR SEWA
 
  • Penyewaan sepasu sehari bagi agensi kerajaan dan orang perseorangan bergantung pada jenis, saiz bunga hiasan.
JENIS
TANAMAN
KADAR (RM)
KERAJAAN
SWASTA
STAF
1. Berbunga
2 – 10
3 – 15
1 – 6
2. Berdaun
3 – 30
5 – 40
2 – 15
 
  • Kos pengangkutan bagi setiap trip 4 tan ialah RM120.00.
  • Diskaun sebanyak 30% diberikan bagi penyewa yang menyusun sendiri bekalan bunga hiasan.
  • Bagi kerosakan/kehilangan bunga pasu, bayaran ganti dikenakan berdasarkan harga pasaran serta kos penyelenggaraan.
TANGGUNGJAWAB PENYEWA
 
  • Menjaga dan menyiran pokok-pokok tersebut semasa dalam tempoh penyewaan.
  • Memaklumkan kepada pihak DBKK jika hendak menyimpan pokok-pokok tersebut lebih lama. Jika tidak, bayaran kerana lewat memulangkan pasu-pasu tersebut akan dikenakan.