sticker3

sticker5

sticker6

Laman Utama

PEMILIK ANJING BOLEH PERBAHARUI LESEN 2017

Kota Kinabalu : Bermula  bulan Januari 2017, para pemilik anjing di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu boleh mendapatkan lesen anjing bagi tahun 2017 atau membaharui lesen anjing peliharaan mereka yang akan tamat pada 31 Januari setiap tahun.

Lesen anjing berkenaan boleh diperolehi di kaunter pembayaran  DBKK, tingkat 7,  Center Point Sabah dan di kaunter pembayaran, tingkat bawah, Bangunan DBKK.

Lesen untuk anjing jantan adalah RM5.00  setahun  manakala untuk anjing betina  adalah RM10.00 setahun. Lesen anjing betina yang telah dikembiri adalah RM5.00 setahun. Sebagai bukti bahawa anjing telah dikembiri, pemilik anjing adalah dinasihatkan untuk membawa bersama sijil kembiri daripada doktor veterinar semasa membuat pendaftaran.

Di bawah Undang-Undang Kecil Pendaftaran dan Kawalan Anjing  (pindaan) Tahun 2008,  pemilik anjing hendaklah mendaftarkan anjing peliharaan mereka yang berumur enam bulan ke atas dan jika gagal berbuat demikian mereka boleh dikenakan kompaun  sehingga RM500 atau denda tidak melebihi RM5000, jika sabit kesalahan .

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu meminta kerjasama daripada semua pemilik anjing agar mendaftarkan anjing milik mereka bagi mengelakkan daripada dikenakan tindakan undang-undang.
 
Bagi sebarang pertanyaan, hubungi Odokong Lahap atau Willman Mihon di talian 088-244000.

BANDARAYA BERKEMBAR KOTA KINABALU