Kota Kinabalu: Bersempena dengan Karnival Jualan Sentuhan Rakyat & Bizfair SSM 2018 yang akan berlangsung di Dataran Bandaraya, Jalan Tun Fuad Stephens pada 21 Mac 2018, sebahagian Jalan Tun Fuad Stephens akan ditutup secara sementara bermula jam 1.00 pagi hingga 7.00 malam.

 

Jalan raya yang terlibat adalah bermula dari bulatan Wawasan Plaza, Jalan Tun Fuad Stephens hingga persimpangan menuju ke Centre Point.  Bas-bas dari Zon Selatan dan Timur Luyang, Beverly Hill, Kepayan Ridge, Penampang, Putatan, Petagas, Lok Kawi, Kinarut dan Papar akan menggunakan perhentian bas jalan Coastal hadapan Asia City/Centre Point untuk menurunkan dan mengambil penumpang semasa penutupan jalan tersebut.  Manakala, orang awam boleh menggunakan Jalan Centre Point sebagai jalan alternatif menuju ke Hotel Promenade.

Pengguna jalan raya adalah dinasihatkan untuk mematuhi arahan anggota Polis Trafik yang bertugas