Laman Web Rasmi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

sticker3

sticker5

sticker7

Laman Utama

RESTORAN JADI URUNGAN TIKUS DIARAH TUTUP

KOTA KINABALU:  Sebuah restoran di Likas Plaza telah diarah tutup oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu setelah aduan diterima mengenai kehadiran tikus di premis berkenaan.

Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya, DBKK, Robert Lipon,  beliau menerima aduan berkenaan dalam bentuk rakaman video yang menjadi viral melalui aplikasi WhatsApp.   Pemeriksaan segera ke atas restoran tersebut telah dibuat sejurus menerima video berkenaan, katanya.

Pemeriksaan telah dijalankan bersama oleh sembilan orang anggota yang terdiri daripada   Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP) DBKK dan PPKP dari Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu.  Setelah diperiksa, premis tersebut juga telah mendapat markah yang sangat rendah iaitu 28.8%.

Robert berkata restoran diarah tutup mulai 1 Julai 2017 jam 8 pagi sehingga pegawai berkuasa berpuas hati bahawa tindakan pembaikan dan pembersihan premis telah dibuat.  Notis arahan tersebut dikeluarkan di bawah Ordinan Kesihatan Awam 1960 (Public Health Ordinance1960).

132

BANDARAYA BERKEMBAR KOTA KINABALU