Laman Web Rasmi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

Laman Web Rasmi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

Program 'Litter Free Run' dan Karnival Mini Hijau sempena Sambutan Minggu Alam Sekitar Malaysia Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu

KOTA KINABALU:  Dewan Bandaraya Kota Kinabalu memaklumkan bahawa penutupan jalan raya secara sementara akan dilakukan bagi memberikan laluan kepada acara ‘Litter Free Run’ (Larian Bebas Sampah) yang akan diadakan pada Sabtu ini, 31 Oktober 2015 jam 6.00 pagi di Padang Merdeka.

Acara ini diadakan bersempena dengan sambutan Minggu Alam Sekitar Peringkat Bandaraya Kota Kinabalu.  Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir dijangka akan menyempurnakan acara pelepasan peserta dari Padang Merdeka yang akan melalui Jalan Padang – Jalan Istana – Jalan Istiadat – Jalan Tun Fuad Stephen – Lorong Dewan dan berakhir di Padang Merdeka.

Selepas larian, acara ini akan diteruskan dengan Karnival Mini Hijau di Padang Merdeka dengan  Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak (2 kategori iaitu Tahun 1 - 3 dan Tahun 4 - 6), jualan barangan terpakai (garage sale) dan persembahan buskers.

Selain itu, orang ramai juga boleh mengunjungi gerai jualan dan demo kitar semula iaitu demo menjahit beg menggunakan kanvas terpakai. Di samping itu, demo memasak makanan sihat dan  demo kaedah ‘composting’ juga turut diadakan.