Laman Web Rasmi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu

PENYERAHAN SUMBANGAN UNTUK ‘GAYA CHRISTMAS CELEBRATION’ OLEH YTL COMMUNICATIONS SDN. BHD.

Penyerahan Tajaan YTL-s Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Abidin Madingkir (tengah) menerima sumbangan daripada Dato’ Yeoh Soo Keng (kelima dari kiri), Executive Director, YTL Communications Sdn. Bhd. bersempena dengan sambutan Perayaan Krismas Gaya atau Gaya Christmas Celebration yang akan berlangsung pada 15 hingga 18 Disember 2015 mulai jam 6 petang di Lintasan Deasoka dan Jalan Gaya.

YTL Communications Sdn. Bhd. antara lain telah menyumbang wang tunai RM20,000, cetakan bahan-bahan publisiti seperti streamer, banner dan billboard serta pokok krismas setinggi 30 kaki yang menjadi salah satu tarikan utama bagi sambutan Hari Natal kali ini.
Ini merupakan tahun kedua YTL Communications Sdn. Bhd. menjadi penaja eksklusif bagi acara tahunan Perayaan Krismas Gaya yang dianjurkan bersama oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Majlis Gereja-Gereja Sabah.
Turut hadir ialah Joannes Solidau (kelima dari kanan), Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBKK merangkap Pengerusi Penganjur, Pastor Bios Solingkin (keempat dari kiri), Pengerusi Bersama Jawatankuasa Penganjur, En. Leong Chee Sung (ketiga dari kiri), Naib Presiden, YTL Communications Sdn. Bhd. dan ahli-ahli jawatankuasa penganjur.