• Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
    Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
  • Sudahkah Anda Membayar Cukai Pintu Anda?
    Sudahkah Anda Membayar Cukai Pintu Anda?

Kota Kinabalu: Bersempena dengan Hari Bandaraya Kota Kinabalu pada 02 Februari 2018, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu akan mengadakan Hari Pengampunan bagi kompaun di bawah Undang-Undang Kecil (Peruntukan Tempat-Tempat Letak Kereta Awam) (Letak Kereta Berkupon) Bandaraya Kota Kinabalu 2014.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri merangkap Menteri yang Bertanggungjawab kepada DBKK, YB Datuk Ir. Edward Yong Oui Fah berkata kompaun yang dikeluarkan di bawah undang-undang kecil tersebut, yang melibatkan kesalahan letak kereta serta kesalahan berkaitan kupon letak kereta, hanya akan dikenakan bayaran RM10 bagi setiap kompaun.

Selain itu, mereka yang masih mempunyai tunggakan caj tiket letak kereta (sistem tiket sebelum sistem kupon dilaksanakan) juga akan diberikan pengurangan, yang mana pemilik kenderaan hanya perlu membayar RM10 untuk setiap kenderaan yang mempunyai tunggakan.

YB Datuk Edward berkata Hari Pengampunan ini diputuskan setelah berbincang dengan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Yeo Boon Hai dan diluluskan oleh Lembaga Penasihat DBKK.

Kadar pengurangan seumpama ini dilaksanakan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-18 Bandaraya Kota Kinabalu dengan tujuan untuk memudahkan orang awam menjelaskan kompaun letak kereta dan tunggakan caj tiket letak kereta mereka.

Orang ramai dinasihatkan untuk mengambil peluang ini membuat pembayaran di kaunter pembayaran di tingkat bawah, Bangunan DBKK, yang akan dibuka bermula jam 8.00 pagi sehingga jam 9.30 malam pada Feb 2.

Selain daripada Hari Pengampunan ini, DBKK akan mengadakan beberapa aktiviti sempena Hari Bandaraya pada 02 Februari 2018 seperti Upacara Menaikkan Bendera di Padang Merdeka pada jam 2 petang diikuti oleh perarakan street parade dari Padang Merdeka ke Bangunan DBKK.

Selain itu, aktiviti jualan gerai-gerai juga akan dibuat di Pekarangan Bangunan DBKK serta konsert mini pada jam 7 malam sehingga 10.30 malam di tempat letak kereta DBKK. Disamping kaunter-kaunter perkhidmatan DBKK, jabatan-jabatan lain juga akan turut membuka kaunter masing-masing seperti Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Sementara itu, selepas 02 Februari 2018, DBKK Holdings Sdn. Bhd. akan meneruskan Bulan Pengampunan yang melibatkan tunggakan kompaun berkaitan kesalahan kupon letak kereta dan tunggakan caj tiket letak kereta.

Dari 3 Februari hingga 31 Mac 2018, semua tunggakan kompaun berkaitan kesalahan kupon tempat letak kereta hanya akan dikenakan kadar asal. Ini bermakna kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil 9(1), 9(2a)-(2e), 10(1)-(3) ialah RM10 bagi setiap kesalahan dan kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil 5(a) ialah RM30 bagi setiap kesalahan.

Bagi tunggakan caj tiket letak kereta, hanya caj fee (harga asal tiket) sahaja akan dikenakan.

Orang ramai boleh menyemak sekiranya mereka ada sebarang kompaun letak kereta melalui laman web https://ecompound.dbkk.sabah.gov.my

Bagi menyemak kompaun kesalahan letak kereta, sila hubungi Jabatan Penguatkuasaan, DBKK di talian 088-521800.

Bagi menyemak kompaun kesalahan kupon letak kereta dan tunggakan caj tiket letak kereta, sila hubungi Bahagian Pengurusan Tempat Letak Kereta, DBKK Holdings Sdn. Bhd., tingkat 1, KK Plaza di talian 088-270181 / 182.

Buletin Inovasi

Info Semasa

 

Kepada Pengguna e-Cukai DBKK,

BERITA BAIK!  e-Cukai DBKK versi IOS boleh didapati sekarang dari Apple App Store.

Dear e-Cukai DBKK User,
GOOD NEWS!  e-Cukai DBKK IOS version is now available on Apple App Store.


Harap maklum dan terima kasih.

 

Jabatan Teknologi Maklumat DBKK
-------------------------------------------------------------------------------

E-CUKAI

Manual E-Cukai ->klik untuk muat turun

Brosur E-Cukai ->klik untuk muat turun

Pautan

FBDBKK LogoAntiKutuSampah RekaDBKK   

 logokoperasidbkk

Statistik Pengunjung

147712
Hari IniHari Ini351
SemalamSemalam478
Minggu IniMinggu Ini519
Bulan IniBulan Ini1737
Jumlah PelawatJumlah Pelawat147712

Aplikasi DBKK eCukai

dbkkecukai

Kaji Selidik Bandar Pintar

Sila luangkan masa anda beberapa minit untuk menjawab soalan di bawah. Input anda akan memberi impak yang sangat penting untuk merekabentuk Bandar Pintar. Terima Kasih.

SCbmsurveyiconSCbisurveyicon

Hubungi Kami

DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU
No.1, Jalan Bandaran,
88675 Kota Kinabalu, Sabah.

Talian Am: 088-521800
Fax: 088-219175


Tingkat 7,
Bangunan Centre Point Sabah 
88000 Kota Kinabalu

Talian Am: 088-244000
Fax088-231004

Aduan Awam: 
       088-210011 
       010-2222000 (WhatsApp)

 E-mel:
webmaster@dbkk.sabah.gov.my