Bil. | Soalan | Jawapan |
1. | Bagaimanakah memohon lesen berniaga/Lesen DBKK/Lesen Penjaja/Lesen Pasar/lesen Iklan? | Dapatkan Borang permohonan daripada website DBKK/kaunter jualan borang. Lengkapkan dan sertakan dokumen yang dikehendaki seperti yang telah ditetapkan dalam syarat-syarat permohonan dan hantar ke pejabat Jabatan Pelesenan. |
2. | Bagaimanakah mendapatkan pengesahan salinan Lesen berniaga? | Sediakan salinan lesen dan hendaklah dikemukakan sendiri oleh pemilik lesen ke pejabat Jabatan Pelesenan. |
3. | Bagaimanakah memperbaharui lesen berniaga? | Bagi lesen yang masih aktif 3 tahun kebelakangan (2019-2021) boleh diperbaharui melalui e-services bagi lesen yang telah tamat pada tahun 2018 ke bawah dikehendaki mengemukakan dokumen perjanjian sewa premis terkini ataupun dokumen perjanjian jual beli premis dan datang ke pejabat Jabatan Pelesenan. |
4. | Bagaimanakah memohon pertukaran butiran pemilik/alamat/bidang perniagaan dalam lesen berniaga? | Dapatkan Borang permohonan Pertukaran Butiran Lesen daripada website DBKK/kaunter jualan Borang. Lengkapkan dan sertakan dokumen yang dikehendaki seperti yang telah ditetapkan dalam syarat-syarat permohonan dan hantar ke pejabat Jabatan Pelesenan. Jika melibatkan perubahan nama dalam pemilikan kedua-dua pemilik sedia ada dan penama yang baru dikehendaki untuk hadir ke pejabat. |