Bil. Soalan Jawapan
BAHAGIAN ALAM SEKITAR
  TOPIK : KACAU GANGGU AWAM
1. Apakah itu kacau ganggu awam? Kacau ganggu awam adalah gangguan yang dialami oleh penduduk-penduduk setempat. Contohnya gangguan bau busuk dan bunyi bising dari pemeliharaan haiwan dan lain-lain.

2. Bagaimanakah membuktikan kacau ganggu awam? Biasanya petisyen yang ditandatangani oleh penduduk-penduduk setempat diperlukan untuk membuktikan kacau ganggu awam wujud.  

3. Bagaimanakah saya mengadu jika mengalami kacau ganggu bunyi bising, bau busuk atau lain-lain? Aduan kacau ganggu boleh disalurkan melalui:
• Talian : +6088 313991 (Isnin-Jumaat, 8.00 pagi - 5.00 petang)
• WhatsApp : +6012 222 0220
• Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
• Surat-menyurat ke Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK

Sila kemukakan petisyen yang ditandatangani oleh individu-individu yang terkesan dengan kacau ganggu tersebut.

BAHAGIAN KAWALAN VEKTOR
  TOPIK : KAWALAN NYAMUK
1. Kawasan rumah saya banyak nyamuk, bagaimanakah saya memohon untuk semburan (fogging)? Permohonan semburan (fogging) boleh dibuat melalui:
• Talian : +6088 313991 (Isnin-Jumaat, 8.00 pagi - 5.00 petang)
• WhatsApp : +6012 222 0220
• Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
• Surat-menyurat ke Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK

2. Kawasan premis perniagaan saya banyak nyamuk, bolehkah saya memohon untuk semburan (fogging)? DBKK tidak membuat semburan di kawasan komersial dan kawasan di bawah seliaan Management Corporation (MC).

3. Adakah sebarang bayaran dikenakan? Tiada bayaran dikenakan untuk semburan (fogging) di kawasan perumahan.

4. Apakah tindakan pihak berkuasa sekiranya ada kejadian kes demam denggi di kawasan kediaman saya? Bagi kejadian kes demam denggi, ianya adalah di bawah bidang kuasa Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu (PKKKK), Jabatan Kesihatan Negeri Sabah. PKKKK akan menjalankan siasatan dan semburan. Tindakan akan diambil dengan segera jika PKKKK menerima notifikasi kes sama ada dari hospital kerajaan, swasta atau pun klinik kesihatan.

5. Bilakah semburan (fogging) akan dijalankan selepas permohonan dibuat? Semburan (fogging) akan dijalankan dengan seberapa segera. Walau bagaimanapun, keutamaan diberikan kepada kejadian kes denggi di mana Pejabat Kesihatan Kawasan Kota Kinabalu memohon bantuan dari DBKK untuk menjalankan semburan dan aduan/permohonan semburan dari pengadu yang lebih awal.

  TOPIK : KAWALAN TIKUS
1. Kawasan rumah saya ada tikus, bolehkah saya memohon kawalan tikus? Aduan atau permohonan kawalan tikus boleh dibuat melalui:
• Talian : +6088 313991 (Isnin-Jumaat, 8.00 pagi - 5.00 petang)
• WhatsApp : +6012 222 0220
• Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
• Surat-menyurat ke Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK

Walau bagaimanapun, Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya, DBKK hanya menjalankan kawalan di luar kawasan rumah iaitu kawasan awam sahaja.

Untuk kawalan tikus di kawasan dalam rumah dan premis perniagaan serta kawasan di bawah seliaan Management Corporation (MC), anda boleh mendapatkan perkhidmatan daripada syarikat ‘pest control’.