Bil. Soalan Jawapan
1. Apakah skop tugasan dan kemudahan untuk Pelatih Industri? Skop tugasan adalah melaksanakan arahan dan tugasan yang diberi oleh penyelia di Jabatan yang ditempatkan. Kemudahan yang diberi hanya minimal, seperti stationeri dan yang selanjutnya adalah atas inisiatif pelajar itu sendiri. Pelajar adalah digalakkan untuk membawa laptop sendiri.

2. Adakah Elaun dibayar sepanjang Latihan Industri? Pihak DBKK tidak ada membayar sebarang elaun kepada pelajar sepanjang tempoh latihan industri.

3. Adakah saya perlu menjalani ujian swab test untuk covid-19 sebelum menjalani latihan praktikal? Sejajar dengan saranan Bahagian keselamatan dan Kesihatan, DBKK, pelajar adalah dikehendaki mengambil ujian saringan terlebih dahulu. DBKK hanya akan menerima pelajar yang berkeputusan negatif untuk memulakan latihan industri di DBKK.

4. Berapa lamakah tempoh masa maklumbalas untuk status permohonan saya? Maklumbalas bahawa borang permohonan kerja atau surat permohonan kerja telah diterima adalah 7 hari bekerja dari tarikh diterima.

5. Apakah kelayakan asas akademik yang wajib untuk tujuan permohonan kerja? Salah satu kelayakan asas akademik yang wajib adalah memperolehi kredit untuk mata pelajaran Bahasa Malaysia di peringkat PMR atau SPM, iaitu bergantung kepada jawatan yang dipohon.

6. Berapa lamakah tempoh percubaan? 1 hingga 3 tahun.