Bil. Soalan Jawapan
BAHAGIAN PENGURUSAN HARTANAH, KEWANGAN DAN KONTRAK
1. Bagaimana membuat permohonan cadangan usahasama / penyewaan tanah DBKK? Pemohon perlu mengemukakan surat permohonan beserta lokasi tanah yang dicadangkan.

2. Bagaimana membuat permohonan penyewaan premis DBKK yang kosong? Premis DBKK yang kosong akan diiklankan sewajarnya.

BAHAGIAN PENGURUSAN PERUMAHAN
1. Bagaimana proses permohonan rumah yang diselia oleh Jabatan Pengurusan Harta? a) Pemohon datang secara “walk-in” ke pejabat untuk mendapatkan borang permohonan rumah.
b) Pemohon perlu membayar borang permohonan rumah sebanyak RM5.00 sahaja.
c) Pegawai yang bertugas akan memastikan borang tersebut telah dibayar.
d) Merekod nama dan kad pengenalan pemohon yang telahmendapatkan borang permohonan rumah.
e) Sekiranya borang pemohonan rumah telah lengkap maka borang akan dikembalikan kepada Bahagian Pengurusan Perumahan, Jabatan Pengurusan Harta.
f) Pegawai yang bertugas akan memastikan borang yang diterima lengkap atau tidak lengkap. Sekiranya tidak lengkap borang perumahan tersebut akan dikembalikan kepada pemohon dan maklumat perlu dilengkapkan.
g) Borang perumahan yang lengkap akan dikira merit oleh pegawai yang bertugas.
h) Menyerahkan borang permohonan yang lengkap bersama pengiraan merit kepada Ketua Jabatan untuk tindakan.
i) Memberikan maklumbalas kepada pemohon sekiranya tiada kekosongan, jika layak surat maklumbalas tempoh 90 hari diberikan sekiranya mempunyai kekosongan. Surat maklumbalas dukacita sekiranya pemohonan tidak lengkap.

2. Berapakah kadar sewa seunit rumah yang diselia oleh Jabatan Pengurusan Harta? Mengikut ketetapan harga sewa yang dikenakan untuk PPR/ERHP iaitu RM174.00 sebulan sahaja termasuk kos penyelenggaraan iaitu RM50.00.

3. Apakah senarai rumah yang boleh disewakan? a) Dimaklumkan bahawa terdapat dua sahaja perumahan yang diselia oleh Jabatan Pengurusan Harta iaitu Taman Kurnia Jaya, Likas dan Taman Keramat.
b) Program Perumahan Rakyat Taman Kurnia Jaya dan Taman Keramat masing-masing terletak di kawasan Kota Kinabalu.
c) Taman Kurnia Jaya mempunyai 46 unit yang ditawarkan untuk disewakan.
d) Taman Keramat mempunyai 432 unit yang ditawarkan untuk disewakan.

BAHAGIAN PENGURUSAN FASILITI AWAM DAN PENYELENGGARAAN
  Unit Tempahan Dewan Dan Logistik  
1. Bagaimana cara untuk memohon tempahan dewan? a) Untuk pertanyaan boleh hubungi:
Puan Safirah Joimin / Puan Suzeiah Tukok
Unit Tempahan Dewan Jabatan Pengurusan Harta, DBKK
Tel : 088-244000
Waktu berurusan : 8.00 pagi – 4.30 petang

b) Hadir ke Pejabat Jabatan Pengurusan Harta Bangunan Centre Point Tingkat 7

2. Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa membuat tempahan? a) Isi borang tempahan dewan dengan lengkap sahaja.
b) Untuk Tempahan Majlis, Pemohon perlu mengemukakan surat kepada Pengarah Jabatan Pengurusan Harta untuk mendapatkan kebenaran.

3. Berapa bayaran/cagaran dikenakan? a) Sewa Dewan Utama

i. Dewan Masyarakat Kota Kinabalu
ii. Dewan Masyarakat Manggatal
iii.Dewan Serbaguna Damai
iv. Dewan Serbaguna Luyang

Bil. Penggunaan Kadar Sejam (RM)
1. Latihan badminton 8.00
Latihan Bola Keranjang, Floorball 25.00
2. Majlis Perkahwinan / Acara Kekeluargaan / Acara Rumah Terbuka / Majlis Ilmu / Seminar / Majlis Kebudayaan / Kempen Derma Darah 60.00
Acara Sukan / Perlawanan Sukan / Pertandingan Sukan 60.00
3. Bazaaria / Garage Sale 120.00
4. Kerja Persiapan / Kerja Pengemasan 25.00


b) Sewa Dewan Kecil
i. Dewan Serbaguna Likas
ii. Dewan Serbaguna Kingfisher
iii.Dewan Muhibbah Sembulan
iv. Dewan Serbaguna Sri Kepayan
v. Dewan Serbaguna Cenderakasih
vi. Balairaya Muhibbah Taman Antarabangsa
vii.Mini Dewan Taman Sempelang

Bil. Penggunaan Kadar Sejam (RM)
1. Latihan badminton 5.00
Latihan Sepak Takraw (hanya Dewan Muhibbah Sembulan)  10.00
2. Majlis Perkahwinan / Acara Kekeluargaan / Acara Rumah Terbuka / Majlis Ilmu / Seminar / Majlis Kebudayaan / Kempen Derma Darah 40.00
Acara Sukan / Perlawanan Sukan / Pertandingan Sukan 40.00
3. Bazaaria / Garage Sale 120.00
4. Kerja Persiapan / Kerja Pengemasan 10.00


c) Penyewaan Logistik

Bil. Penggunaan Kadar Sejam (RM)
1. Penghawa Dingin
(**Dewan Masyarakat Kota Kinabalu dan Dewan Masyarakat Manggatal)
50.00
2. Kerusi Plastik Bersandar 41.00
*Nota : Sila maklum bahawa kadar caj penggunaan dewan dan penghawa dingin adalah berdasarkan kadar jam yang digunakan.

4. Berapa lama proses untuk kelulusan tempahan dewan yang dimohon? Selepas membuat pembayaran sewa dewan selewat-lewatnya lima (5) hari masa bekerja.
5. Senarai Dewan-Dewan masyarakat / serbaguna yang dibawah tanggungjawab DBKK a) Dewan Masyarakat Kota Kinabalu
b) Dewan Masyarakat Manggatal
c) Dewan Serbaguna Luyang
d) Dewan Serbaguna Damai
e) Dewan Serbaguna Likas
f) Dewan Serbaguna Kingfisher
g) Dewan Serbaguna Cenderakasih
h) Dewan Serbaguna Sri Kepayan
i) Dewan Muhibbah Sembulan
j) Balairaya Muhibbah Taman Antarabangsa
k) Mini Dewan Taman Sempelang

Unit Tempahan Padang Dan Ruang Lapang
1. Bagaimana membuat tempahan padang dan tapak ruang lapang? Untuk pertanyaan boleh berhubung:
Puan Liveti Pouyin
Unit Tempahan Padang dan Ruang Lapang
Jabatan Pengurusan Harta, DBKK
Tel: 088 - 244000
(Waktu pejabat : 8.00 pagi - 4.30 petang)

atau

Hadir ke pejabat Jabatan Pengurusan Harta, DBKK Tingkat 7 Centre Point,88675 KK

2. Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa membuat tempahan? Untuk tempahan padang dan tapak ruang lapang, pemohon perlu mengemukakan surat kepada Pengarah Jabatan Pengurusan Harta untuk mendapatkan kebenaran.

3. Berapa Bayaran / Cagaran dikenakan? a) Sewa Padang Manggatal, Padang Kingfisher
Karnival, Kejohanan, Pertandingan Sukan, Upacara, Sambutan keramaian, Sambutan Hari Keluarga.
  • 6.00am - 6.00pm : RM200.00
  • 6.00pm - 12.00mlm : RM500.00
  • 6.00am - 12.00mlm : RM700.00
  • Latihan bola sepak / Perlawanan Persahabatan : RM70.00
  • Persediaan / penyusunan / pemasangan khemah-khemah dan penyimpanan barang-barang dalam kawasan pada : RM50.00

b) Sewa Padang Merdeka
  • 6.00am - 6.00pm : RM700.00
  • 6.00pm - 12.00mlm : RM1,200.00
  • 6.00am - 12.00mlm : RM1,900.00
  • Kawasan pinggiran padang (sekiranya ada acara tertentu di padang) : RM200.00

c) Sewa Astaka : RM3,000.00 (termasuk elektrik dalam astaka)
Persediaan / penyusunan / pemasangan khemah-khemah dan penyimpanan barang-barang : RM500.00

d) Sewa Ruang Lapang Tapak
  • Damai / Inanam / Manggatal / Telipok : RM 2.25 satu kaki persegi

e) Caj Kebersihan
Keluasan 10’x10’ / 20’x20’ = RM20.00

f) Kawasan Dataran Awam

LINTASAN DEASOKA
  • Keseluruhan Kawasan : RM4,500.00
  • Separuh Kawasan : RM2,250.00
  • Keluasan 20’x20’ : RM900.00
  • Keluasan 10’x10’ : RM225.00
  • Satu kaki persegi : RM2.25
  • Persediaan / penyusunan / pemasangan khemah-khemah dan penyimpanan barang-barang : RM500.00
4. Berapa lama proses untuk kelulusan tempahan tapak yang dimohon? Selepas membuat pembayaran sewa.
  Unit Penyelenggaraan dan Operasi  
1. Berapa kadar sewa khemah dan kerusi? a) Khemah : RM250/unit
b) Kerusi plastik sandar : RM1.00/unit
c) Kerusi plastik tanpa sandar : RM0.50/unit

2. Bagaimana proses penyelenggaraan premis dijalankan? a) Pengadu mengisi borang aduan
b) Pemeriksaan dijalankan untuk proses penyelenggaraan
c) Kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan dilakukan oleh kontraktor yang dilantik.