Bil. Soalan Jawapan
BAHAGIAN KAWALAN PEMBANGUNAN
1. Apakah senarai-senarai dokumen yang diperlukan untuk mengemukakan Pelan Pembangunan? Rujuk Checklist (Lampiran 3)

2. Apakah anjakan bangunan bagi Perumahan/ Komersil/Industri(Residential/Commercial/Industry? Anjakan bangunan adalah seperti berikut:

Jenis Pembangunan Hadapan Sisi/Tepi Belakang
Perumahan
5 tingkat ke bawah
5 tingkat atas

10 meter
20 meter

6 meter
10 meter

6 meter
10 meter
Komersil 6 meter 6 meter 6 meter
Industri
Heavy Industry
Light Industry/Warehouse

12 meter
6 meter

6 meter
6 meter

6 meter
6 meter
3. Apakah cara pengiraan tempat letak kereta Perumahan/ Komersil/ industri(Residential/Commercial/Industry)?

Jenis Pembangunan  
Perumahan 1.25 bagi setiap unit dan penambahan 0.50 bagi setiap bilik (contoh 1 bilik adalah 1.25, 2 bilik adalah 1.75, 3 bilik 2.25)

Industri
Detached or semi-detached


Terrace or cluster building


280 kaki persegi bagi setiap tempat letak kereta

 

138 kaki persegi bagi setiap tempat letak kereta

4. Berapakah jabatan/agensi yang akan mengulas Pelan Pembangunan? Jabatan/agensi yang akan mengulas Pelan Pembangunan ialah 9 Jabatan iaitu JKR, SESB, Jabatan Air, JTU, JPAS, Jabatan Kejuruteraan, DBKK, Jabatan Landskap, DBKK, Jabatan Pengangkutan dan Trafik DBKK dan Jabatan Perancangan Bandaraya, DBKK.

5. Berapa lama kelulusan Pelan Pembangunan dapat diperolehi: Berdasarkan kelulusan Pelan Pembangunan MSISO selama 3 bulan sahaja

6. Apakah Garis Panduan yang perlu dipatuhi? Garis panduan (anjakan, parking, kawasan lapang) dirujuk berdasarkan dokumen “Memorandum Draft Kota Kinabalu Local Plan 2020.”

7. Berapa yuran Pelan Pembangunan?
  • RM50.00 untuk yuran pemprosesan
  • RM15.00 untuk setiap unit/lot


8. Bagaimanakah untuk mengetahui densiti yang dibenarkan bagi sesuatu pembangunan perumahan? Densiti yang dibenarkan bagi sesuatu pembangunan perumahan boleh dirujuk dalam “Planning Standards and Guidelines Manual For Development Control in Sabah”.

9. Berapakah had ketinggian bangunan yang dibenarkan dalam sesuatu kawasan di Bandaraya Kota Kinabalu? Had ketinggian bangunan yang dibenarkan dalam kawasan Bandaraya Kota Kinabalu adalah tertakluk kepada pengesahan “Civil Aviation Authority Malaysia (CAAM)”.

10. Bagaimana cara memohon Kebenaran Merancang untuk Pelan Pembangunan yang telah tamat tempoh kelulusan? Cara memohon Kebenaran Merancang untuk Pelan Pembangunan yang telah tamat tempohnya perlulah mengemukakan semula permohonan Kebenaran Merancang yang baharu.

11. Siapa yang layak mengemukakan cadangan Pelan Pembangunan kepada DBKK? Berdasarkan kepada Planning Standards and Guidelines Manual For Development Control in Sabah, hanya Perancang Bandar berdaftar dan Arkitek berdaftar sahaja boleh mengemukakan Pelan Pembangunan ke Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

12. Bolehkah cadangan simpanan jalan yang ditunjukkan dalam Skim Perancangan (Pelan Daerah & Tempatan) digunapakai sebagai akses ke tapak cadangan sesuatu pembangunan? Cadangan simpanan jalan yang ditunjukkan dalam Skim Perancangan (Pelan Daerah dan Pelan Tempatan) yang belum wujud di tapak boleh dijadikan akses ke cadangan tapak pembangunan sekiranya telah mendapat kebenaran atau kelulusan dari pemilik tanah serta Jabatan Tanah dan Ukur.

13. Apakah syarat bagi membolehkan penyediaan 10% kawasan lapang dikecualikan dalam cadangan pelan pembahagian tanah? Berdasarkan kepada Pekeliling No. 2/2021, Majlis Perancang Negeri Sabah, pengecualian penyediaan 10% kawasan lapang hanya dibenarkan dikalangan ahli keluarga sahaja.