Bil. Soalan Jawapan
BAHAGIAN KAWALAN PERANCANGAN
1. Apakah Laporan Brif Perancangan? Adalah satu laporan yang dikehendaki disediakan mengikut pekeliling Lembaga Pusat Perancang Bandar dan Desa Ruj.JPBW:99/63 Jld.35/(62) bertarikh 28 Oktober 2013. Lembaga Pusat telah memutuskan agar permohonan penukaran zon hendaklah melalui proses semakan dan bantahan awam sebelum ianya dipertimbangkan dan diputuskan oleh Lembaga Pusat di bawah Seksyen 15.
Majlis Perancangan Negeri (MPN) dalam mesyuarat MPN No.3/2020 pada 4 November 2020 telah memutuskan untuk menerima dan menggunapakai Garis Panduan Permohonan Penukaran Zon untuk dipatuhi dan dilaksanakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di seluruh Sabah.

2. Apakah Penukaran Zon (rezoning)? Penukaran zon adalah pindaan terhadap skim perancangan (Pelan Daerah atau Pelan Tempatan) dan oleh itu permohonan penukaran zon merupakan permohonan untuk meminda pelan berkenaan.

3. Siapakah yang bertanggungjawap menyediakan Laporan Brif Perancangan?

Berdasarkan kepada Planning Standards and Guidelines Manual for Development Control in Sabah, hanya Perancang Bandar berdaftar dan Arkitek berdaftar sahaja boleh mengemukakan permohonan Laporan Brif Perancangan ke PBT.

4. Apakah kandungan Laporan Brif Perancangan? Pematuhan dari sudut teknikal dan Garis Panduan Penyediaan Planning Brief perlu mengandungi perkara-perkara seperti berikut:

Perihal pemohon
  • nama pemohon
  • nombor kad pengenalan
  • alamat
  • nombor telefon
  • emel
  • pengesahan Pemilikan atau Hak Sah ke atas tapak cadangan / geran tanah / kebenaran bertulis pemilik berdaftar


Perihal tapak
  • daerah
  • skim draf
  • nombor geran tanah
  • syarat geran tanah keluasan tanah
  • zon gunatanah sedia ada
  • topografi
  • data dan maklumat gunatanah semasa di sekitar kawasan tapak cadangan melalui kajiselidik gunatanh (landuse survey) sekurang-kurangnya dalam lingkungan 1km dari tapak cadangan (1km radius)
  • maklumat kemudahan awam dan infrastruktur sedia ada yang terdapat di tapak cadangan dan sekitarnya


Perihal cadangan
  • zon gunatanah yang dipohon
  • keperluan untuk penukaran zon
  • kekurangan zon tersebut di dalam kawasan yang dicadangkan
  • jangkamasa pelaksanaan cadangan pembangunan
  • pelan konsep cadangan pembangunan


Dasar dan Polisi Kerajaan
  • Harus menyenaraikan dasar-dasar dan polisi kerajaan yang mempunyai pengaruh ke atas ciri-ciri pembangunan di tapak cadangan