Bil. |
Soalan |
Jawapan |
1. |
Bagaimanakah memohon lesen berniaga/Lesen DBKK/Lesen Penjaja/Lesen Pasar/lesen Iklan? |
Dapatkan Borang permohonan daripada website DBKK/kaunter jualan borang. Lengkapkan dan sertakan dokumen yang dikehendaki seperti yang telah ditetapkan dalam syarat-syarat permohonan dan hantar ke pejabat Jabatan Pelesenan.
|
2. |
Bagaimanakah mendapatkan pengesahan salinan Lesen berniaga? |
Sediakan salinan lesen dan hendaklah dikemukakan sendiri oleh pemilik lesen ke pejabat Jabatan Pelesenan.
|
3. |
Bagaimanakah memperbaharui lesen berniaga? |
Bagi lesen yang masih aktif 3 tahun kebelakangan (2019-2021) boleh diperbaharui melalui e-services bagi lesen yang telah tamat pada tahun 2018 ke bawah dikehendaki mengemukakan dokumen perjanjian sewa premis terkini ataupun dokumen perjanjian jual beli premis dan datang ke pejabat Jabatan Pelesenan.
|
4. |
Bagaimanakah memohon pertukaran butiran pemilik/alamat/bidang perniagaan dalam lesen berniaga? |
Dapatkan Borang permohonan Pertukaran Butiran Lesen daripada website DBKK/kaunter jualan Borang. Lengkapkan dan sertakan dokumen yang dikehendaki seperti yang telah ditetapkan dalam syarat-syarat permohonan dan hantar ke pejabat Jabatan Pelesenan. Jika melibatkan perubahan nama dalam pemilikan kedua-dua pemilik sedia ada dan penama yang baru dikehendaki untuk hadir ke pejabat.
|