Bil. Soalan Jawapan
BAHAGIAN KAWALAN HAIWAN
  TOPIK : PENDAFTARAN ANJING PELIHARAAN
1. Bagaimanakah saya mendapatkan lesen anjing peliharaan? Anjing peliharaan yang berumur 6 bulan ke atas wajib didaftarkan. Hanya dua ekor anjing boleh didaftarkan di dalam satu rumah atau kediaman

Tempat-tempat yang tidak dibenarkan memelihara anjing adalah di kondominium, apartment, flat dan rumah yang tidak berpagar.

Pemilik anjing atau wakil boleh mengisi dengan lengkap Borang Pendaftaran Anjing (diberi secara percuma) dan dihantar berserta salinan Kad Pengenalan pemilik anjing.

2. Dimanakah tempat untuk mendaftarkan anjing peliharaan? Pendaftaran anjing boleh dibuat di Kaunter Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya, DBKK, Tingkat 7, Centre Point Sabah.  

3. Berapakah bayaran untuk lesen anjing peliharaan? Bayaran lesen adalah seperti berikut:
i.    Anjing Betina : RM10.00 seekor setahun
ii.   Anjing Jantan : RM5.00 seekor setahun
iii.  Anjing Betina (dikembiri): RM5.00 seekor setahun

4. Bilakah tarikh lesen anjing tersebut tamat tempoh? Lesen anjing akan tamat tempoh pada setiap 31 Januari pada tahun berikutnya.

5. Adakah lencana logam (tag lesen anjing) perlu sentiasa dikenakan pada anjing peliharaan? Lencana logam hendaklah dipakai pada leher anjing peliharaan pada setiap masa.

6. Bolehkah anjing peliharaan yang sudah didaftarkan dilepaskan ke kawasan awam? Anjing peliharaan berlesen tidak boleh dilepaskan ke kawasan awam tanpa seliaan.

7. Adakah anjing berlesen yang berkeliaran di kawasan awam akan ditangkap oleh DBKK? Anjing berlesen akan ditangkap oleh DBKK sekiranya dijumpai berkeliaran ke kawasan awam tanpa seliaan pemiliknya.

8. Bagaimanakah untuk menuntut anjing peliharaan yang telah ditangkap oleh DBKK? Pemilik anjing boleh menuntut semula anjing peliharaannya yang telah ditangkap mengikut prosedur yang berikut:
i. Pemilik anjing perlu datang dan mengenal pasti anjing milik mereka di Pusat Kurungan Haiwan DBKK di Jalan Tuaran Bypass
ii.Pemilik anjing hendaklah mengisi borang permohonan tuntutan semula anjing peliharaan di Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya, DBKK, Tingkat 7, Centre Point Sabah
iii.Pemilik anjing perlu menjelaskan bayaran kompaun bernilai RM100 dan memohon lesen sekiranya belum berlesen sebelum menuntut semula anjing mereka
iv.Anjing yang ditangkap hendaklah diserahkan kepada pemiliknya setelah prosedur permohonan tuntutan semula anjing selesai.

Untuk pertanyaan, sila hubungi Bahagian Kawalan Haiwan, Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya, DBKK, Tingkat 7, Centre Point Sabah di talian 088-244000 sambungan 323.

  TOPIK : PENGURUSAN ANJING TERBIAR
1. Bagaimanakah anjing terbiar di sekitar Kota Kinabalu diuruskan oleh DBKK? Anjing terbiar akan ditangkap oleh anggota Bahagian Kawalan Haiwan, Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya, DBKK. Anjing akan ditangkap menggunakan jaring gegelung besi atau menggunakan perangkap anjing yang dipasang di kawasan yang berkenaan.

Anjing yang ditangkap dihantar ke Pusat Kurungan Haiwan, DBKK. Anjing terbiar tersebut juga boleh diserahkan sebagai anjing angkat melalui Program Adopsi Anjing.

2. Anjing terbiar yang telah ditangkap adakah boleh diadopsi? Ya, anjing terbiar yang ditangkap boleh diserahkan sebagai anjing angkat kepada individu atau pihak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berminat untuk memelihara anjing tersebut.

3. Bagaimanakah saya mengadu jika ada anjing terbiar yang berkeliaran di tempat awam? Aduan kacau ganggu anjing terbiar boleh disalurkan melalui:
i. Talian : 088-313991 (Isnin-Jumaat, 8.00 pagi - 5.00 petang)
ii. WhatsApp : 012-2220220
iii. Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
iv. Surat-menyurat ke Jabatan Pengaduan & Perhubungan Awam, DBKK