Bil. Soalan Jawapan
1. Bagaimana untuk submit/penghantaran Pelan -Rumah Kongsi/Pelan rumah? Jabatan ada menyediakan satu garispanduan /senarai semak untuk tujuan permohonan pelan bangunan.

2. Bagaiman untuk mengetahui status pelan? Boleh menghubungi terus bahagian One Stop Centre (OSC) di talian : 088-521895

3. Adakah Pelan boleh dihantar ke pejabat atau boleh jumpa dengan pegawai atau perlu untuk buat temujanji sekiranya sebarang pertanyaan berkaitan status pelan? Boleh menghubungi bahagian One Stop Centre (OSC) di talian : 088-521895 sebelum menghantar untuk memudahkan penerimaan penghantaran ke pejabat. Sekiranya ada pertanyaan atau perlu penjelasan lebih lanjut mengenai pelan boleh berurusan dengan pegawai OSC untuk dengan temujanji.

4. Bagaiman dengan pengambilan pelan reply atau pelan kelulusan? Boleh menghubungi bahagian One Stop Centre (OSC) di talian : 088-521895

5. Apakah yang perlu disertakan/disediakan/untuk diperiksa sebelum mengemukakan atau hantar pelan? One Stop Centre (OSC) ada menyediakan Senarai Semak (Checklist) untuk disertakan apa yang perlu dan boleh menghubungi bahagian One Stop Centre (OSC) di talian : 088-521895
1. Surat keterangan kepada DBKK mengenai tujuan cadangan
2. Untuk pengemukaan baru:
Minimum 7 set Pelan Bangunan/Pelan Pengubahsuaian (A1 Size) dilipat dengan kemas.
Untuk pengemukaan pelan Pindaan:
Minimum 4 set Pengemukaan Semula Pelan (A1 Size) dilipat dengan kemas.
* Pelan Lokasi dan Pelan Tapak yang jelas hendaklah ditunukkan mengikut skala bersesuaian.
* Kesemua pelan hendaklah diwarnakan
3. Semua Pelan hendaklah ditandatanagni asli oleh Juruperunding, pemilik/pemaju
4. Satu set geran tanah dan atau lain-lain dokumen yang telah disahkan benar untuk tujuan semakan pemilikan tanah.
5. Pengesahan ke atas Borang B1 untuk Pelan Bangunan hendaklah ditunjukkan pada muka surat pertama Pelan Bangunan/Pelan Pengubahsuaian
6. Untuk pindaan Pelan Bangunan/pelan pengubahsuaian, nota pindaan hendaklah dinyatakan dan ditunjukkan dengan jelas di atas pelan bahagian yang dipinda
7. Ruang Kosong minimum 30cm x 12cm di penjuru atas kanan setiap pelan hendaklah disediakan untuk ruang pengendosan.
8. Pelan zoning dari KK Local Plan hendaklah disertakan bagi bangunan persendirian tanpa kelulusan pelan pembangunan.

6. Bolehkah jurutera kemukakan pelan bangunan untuk pembinaan rumah baru atas pembinaan semula - Reconstruction? Tidak dibenarkan:- Arkitek sahaja di benarkan untuk mengemukakan pelan yang dibina/pelan dibina semula.

7. Apakah keperluan dokumen sokongan untuk submit Taska/Tadika/Pusat jagaan? A - PEMPROSESAN TASKA DI DBKK
1: Permohonan diterima = 3 hari
Pastikan maklumat lengkap disertakan berkenaan dengan maklumat taska, penubuhan dan juga lokasi/kedudukan taska

2: Permohonan disemak-Pemeriksaan ke atas bangunan-Laporan Pemeriksaan = 7 hari
  • Permohonan Disemak : Pemeriksaan rekod yang berkaitan dengan tapak dan kesesuaian bangunan
  • Pemeriksaan keatas Bangunan: sama ada bangunan ada diubahsuai dan kesesuaian persekitaran
  • Laporan Pemeriksaan: Ketua jabatan membuat keputusan

3: maklum balas = 3 hari
Maklum balas permohonan dikirim kepada pemohon dan satu salinan dikirim kepada Jabatan Kebajikan masyarakat

B - PERMOHONAN LESEN TASKA
I. Pemohon - Setelah mendapat pengesahan dari jabatan Perancangan Bandaraya, Pemohon mengisi lengkap borang permohonan lesen & salinan Tenancy Agreement dan sertakan bersama dengan surat pengesahan dari Jabatan Perancangan Bandaraya untuk dikemukakan kepada Jabatan Pelesenan untuk pengeluaran lesen Taska
II. ) Bahagian Pelesenan - Bayaran Pemprosesan dikenakan:
  • RM 100.00 Permohonan Baru
  • RM 50.00 Pembaharuan Lesen

KESESUAIAN/KETIDAKSESUAIAN BANGUNAN
(A) BANGUNAN YANG SESUAI
Setiap bangunan yang hendak digunakan sebagai TASKA mestilah sesuai dari segi Keselesaan, Rekabentuk, Struktur dan Keselamatan Bangunan-bangunan ini termasuklah:
1.1. Rumah Kediaman Dari Jenis:
i. Rumah sebuah dimana saiz lotnya mestilah lebih kurang 7,000 kaki persegi dan kawasan ‘plinth’ tidak lebih daripada 30%.
ii. Rumah berkembar lot tepi
iii. Rumah-rumah lot sudut dari jenis teres dan berangkai dengan keluasan tidak kurang dari 3,000 kaki persegi. (Nota: Kebenaran lot bersebelahan perlu diperolehi dan dikemukakan bersama-sama dengan permohonan)
iv. Rumah sesebuah di kampung tradisional dan Kampung melayu
v. Rumah pangsa/pangsapuri yang mempunyai ruang khas untuk kegunaan TASKA

1.2. Lain-lain Bangunan Termasuk:
i. Bangunan di dalam kawasan/perkarangan Masjid, Surau/Madrasah
ii. Bangunan di dalam kawasan/perkarangan gereja.
iii.Dewan orang ramai/serbaguna.
iv. Sekolah-sekolah sedia ada yang mempunyai bangunan berasingan
v. Bangunan-bangunan yang dibina khas untuk TASKA

(B) BANGUNAN YANG TIDAK SESUAI
1. Rumah teres dan berangkai yang terletak di lot tengah dan lot tepi yang tidak mempunyai kawasan lapang.
2. Rumah yang terletak di hujung persimpangan atau berhampiran dengan laluan kenderaan yang sibuk.
3. Unit-unit kediaman yang terdapat dalam blok bangunan rumah pangsa/flat
4. Rumah kediaman yang berdekatan dengan stesen minyak.
5. Bangunan dengan keadaan sekitar yang membahayakan keselamatan kanak-kanak. (e.g. Kolam terbuka, berdekatan denga kilang dll)
6. Tadika dan taska tidak boleh dikendalikan dalam bangunan yang sama.
7. Had bilangan taska dalam satu taman/kawasan.
8. Had Bilangan kanak-kanak perlu dikawal dalam satu premis taska mengikut garispanduan Jabatan Kebajikan.

PROSEDUR PENGEMUKAAN PELAN PENGUBAHSUAIAN BANGUNAN
1. Pelan pengubahsuaian bangunan hendaklah dikemukakan melalui “orang yang berkelayakan” (Arkitek/Jurutera/Pelukis pelan berdaftar)
2. Pelan hendaklah dikemukakan dalam (6) set.
3. Setiap pelan hendaklah diwarnakan dengan dan dilukis mengikut skala yang sesuai.
4. Pelan mestilah ditandatangani (asal) oleh “orang yang berkelayakan” dan juga pemohon.
5.. Pelan mestilah disertakan dengan bersama sesalinan surat perjanjian Sewa (Tenancy Agreement/Salinan Geran Tanah/Salinan perjanjian jual beli yang disahkan bagi menunjukkan kesahsihan/kuasa memiliki tanah /bangunan tersebut.
6. Surat permohonan yang menunjukkan cadangan tersebut dengan menggunakan letterhead” Orang Yang Berkelayakan”
7. Borang B1 dicetak diataa muka pertama dan ditandatangani oleh “Orang Berkelayakan”
8. Nama dan alamat surat-menyurat hendaklah dinyatakan dengan jelas dalam pelan.
9. Lokasi dan pelan tapak yang jelas disertakan.

KEHENDAK-KEHENDAK PENTING DIBAWAH UNDANG-UNDANG KECIL BANGUNAN DBKK YANG PERLU
1. Setback bangunan.
2. Ruang bukaan pintu/tingkap untuk pengudaraan (hendaklah memenuhi garispanduan min 1/80 daripada keluasan lantai)
3. Tinggi ceiling (Min. Tingkat bawah: 9 kaki, Tingkat satu: 10 kaki)
4. Lebar laluan minima (Min. 5 kaki)
5. Polisi-polisi dari semasa ke semasa.

8. *Illegal Structure* Bolehkan struktur dibina di luar kawasan lot?

Bolehkan saluran paip dari singki/dapur dan kamar mandi disambung ke parit?
Tidak dibenarkan

Tidak dibenarkan
Sebarang pengubahsuaian atau penambahan struktur/rumah/pejabat/hartanah hendaklah mendapat kelulusan melalui Proses Pengemukaan Pelan sebelum pengubahsuaian dilaksanakan.