DUA RUMAH URUT TANPA LESEN DITUTUP
KOTA KINABALU: Dua rumah urut yang beroperasi tanpa lesen yang sah telah diarah tutup serta merta dan dikenakan kompaun maksimum RM500 setiap satu premis di bawah Undang-Undang Kecil (Rumah Urut) Bandaraya Kota Kinabalu 1979 (Massage Establishment By-Laws 1979) oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dalam satu Operasi Bersepadu yang dijalankan pada 19 Jun 2017 di Kampung Air dan Bandaran Berjaya.