Christmas, Communal, Cultural, Classical, Contemporary

Dewan Bandaraya Kota KInabalu (DBKK) dan Majlis Gereja-gereja Sabah (MGGS) melalui Anglican Diocese of Sabah dan Gereja Methodist, akan menganjurkan bersama ‘Kota Kinabalu Christmas Celebration 2017’ (KKCC2017) yang memasuki edisi ke-13 tahun pada 11 – 14 Disember di Padang Merdeka, Kota Kinabalu.

Bertemakan ‘God’s Love, Man’s Hope’, perayaan ini bukan sahaja bertujuan untuk meraikan perayaan Krismas tetapi pada masa sama menyemarakkan semangat perpaduan komuniti tanpa mengira kaum dan agama.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Majlis Gereja-Gereja Manggatal (MGGM) sekali lagi bekerjasama menganjurkan Perayaan Krismas Manggatal pada 8 hingga 10 Disember 2017, bertempat di Dewan Masyarakat Manggatal dan Padang Bola Sepak di Pekan Manggatal.

Pelbagai acara menarik disediakan termasuklah persembahan pentas daripada pelbagai gereja di sekitar Manggatal serta hiasan Krismas yang bakal menerangi Pekan Manggatal. Persembahan khas pelajar antarabangsa Universiti Malaysia Sabah daripada Timor-Leste bakal menyerikan acara Majlis Perasmian dan Penutupan Perayaan Krismas ini.

 

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu akan mengadakan acara ‘Jom Berbasikal Bebas Sampah’ pada Sabtu ini, 21 Mei 2016 bermula jam 6.30 pagi di Pekarangan Bangunan DBKK.   

Acara ini diadakan bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-16 Bandaraya Kota Kinabalu dengan objektif untuk merealisasikan visi DBKK untuk menjadikan Kota Kinabalu sebuah bandaraya yang bersih, hijau dan selesa untuk didiami melalui Kempen Anti Kutu Sampah.