DBKK membuka kaunter jualan borang permohonan aktiviti Bazar Ramadan bagi tapak-tapak seliaan dibawah DBKK bermula 8 Mac 2023. Lot menjaja bazar adalah TERHAD. Terma dan syarat “first come first serve” bagi yang telah membuat bayaran caj lesen. Permohonan TIDAK AKAN DIPROSES / DITOLAK sekiranya borang dan dokumen TIDAK LENGKAP semasa menyerahkan permohonan dan jika lot bazar di kawasan yang dimohon telah habis dijual.