Seperti juga tahun-tahun sebelum ini, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu akan menyediakan sebanyak 22 tapak Bazaar Ramadan sepanjang bulan Ramadan pada tahun ini.  Kawasan-kawasan tersebut termasuklah di Lintasan Deasoka, Sembulan, Asia City, Wisma Merdeka, Indah Permai, Giant Kolombong, City Mall, Pekan Manggatal, Kingfisher, Teluk Awam Teluk Likas, Sulaman Central, University Plaza, Bukit Padang, Pekan Tanjung Aru, QEH1, Pekan Inanam, Kepayan Ridge dan Inanam Point.

Empat tapak baru Bazaar Ramadan adalah Mini Uptown Sembulan (Bersebelahan Hotel Tang Dynasty Sembulan), Harbour City, A Square (Bersebelahan dan  Aeropod Tanjung Aru.

Sebanyak lebih kurang 1000 peniaga akan menjual pelbagai juadah berbuka puasa sempena bulan Ramadan ini.

Saya berharap agar semua peniaga akan mengambil perhatian serius terutama berhubung aspek kebersihan tapak niaga dan juga aspek kebersihan makanan.

Terima Kasih


Kenyataan akhbar ini dikeluarkan oleh:


DATUK YEO BOON HAI
MAYOR BANDARAYA KOTA KINABALU