KOPDBKK merakamkan ucapan takziah kepada anggota koperasi Puan Hafidah Jaffar atas pemergian ibu beliau pada 20 Oktober yang lepas. Wakil dari Biro Kebajikan Koperasi Encik Albert Joseph Lintanga telah menyampaikan sumbangan kebajikan sebanyak RM300 kepada Puan Hafidah pada 30 Oktober 2019. Puan Hafidah merupakan kakitangan di JPSM DBKK. Turut hadir semasa penyampaian ialah Pengarah JPSM DBKK, Encik Mas Farisan yang menyampaikan sumbangan daripada para kakitangan JPSM.