Permohonan Lesen Menjaja Di Pasar Malam Api-Api Night Food Market (Blok C dan Blok D)
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan menambah lot gerai penjaja di blok C dan D Pasar Malam Api-api Night Food Market untuk memberi peluang kepada orang awam untuk menjalankan perniagaan. Oleh itu, pemohon boleh mendapatkan salinan borang permohonan di kaunter yang dinyatakan di bawah:
TARIKH | : 28 Ogos 2023 (Isnin) |
LOKASI | : Astaka Padang Merdeka, Kota Kinabalu |
MASA | : 10.00 pagi sehingga borang habis dijual |
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN | |
1. | Pemohon mestilah Warganegara Malaysia, berasal dari Sabah dan berumur 18 tahun ke atas. |
2. | Pemohon diminta agar membawa salinan dokumen-dokumen seperti berikut untuk dilampirkan bersama-sama borang permohonan yang bakal dihantar dan diterima oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu: |
i) 1 salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan oleh JPN | |
ii) 1 salinan gambar (berwarna) produk-produk jualan |
DBKK hanya menerima permohonan yang lengkap seperti mana yang telah dinyatakan dalam syarat-syarat permohonan di atas. Keputusan DBKK adalah muktamad dan hanya pemohon-pemohon yang berjaya sahaja akan dihubungi untuk menghadiri sesi temu duga. Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Penjaja, DBKK di talian 088-521800 pada waktu pejabat.