Selaras dengan kenaikkan taraf Majlis Perbandaraan Kota Kinabalu ke Dewan Bandaraya Kota Kinabalu pada 2 Februari 2000, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia telah dibentuk hasil daripada gabungan 2 bahagian utama iaitu Bahagian Perjawatan dan Bahagian Latihan. Pengabungan kedua-dua bahagian ini bersesuaian dengan taraf Dewan Bandaraya Kota Kinabalu yang ingin memastikan semua keperluan kerja dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

Dengan kewujudan Jabatan Pembangunan Sumber Manusia ini adalah untuk memastikan pelaksanaan polisi dan isu-isu berkaitan perjawatan, gaji, saraan, pencen, imbuhan, disiplin, tatatertib, kemajuan kerjaya dan pembangunan anggota seperti penyerapan, pengesahan, kenaikkan pangkat, pertukaran anggota dapat dilaksanakan dengan adil dan saksama dan dipantau sepenuhnya oleh Jabatan Pembangunan Sumber Manusia.

Jabatan Pembangunan Sumber Manusia akan memastikan operasi jabatan ini akan berada di tahap yang lebih maju kehadapan dengan memperkenalkan konsep yang lebih baik sesuai dengan suasana kerja masa kini yang lebih mencabar. Perkara ini akan menjadi satu strategi dan diberi keutamaan oleh Jabatan Pembangunan Sumber Manusia dalam urus tadir organisasi secara keseluruhanya.

Untuk mencapai strategi ini, beberapa langkah telah diambil dengan memperkenalkan bahagian baru yang dikenali sebagai Bahagian Pembangunan Organisasi. Objektif kepada penubuhan bahagian ini adalah untuk memberi penekanan kepada:

Pembangunan struktur organisasi dan pembangunan anggota, proses dan sistem baru, memastikan polisi dan kualiti yang mantap serta perancangan strategik. Perkara ini akan melibatkan beberapa bidang seperti Pencapaian Pengurusan, tahap kecemerlangan jabatan, dan proses kemajuan dalam organisasi mahupun anggota itu sendiri.

Bahagian ini akan memastikan segala aktiviti yang dijalankan akan menyumbang kearah kebaikan dan memastikan polisi dan prosidur yang jelas serta peningkatan kearah budaya kerja yang baik. Sesetengah program yang diatur dijalankan akan dinilai bagi pengumpulan data agar sebarang masalah yang timbul akan dapat dikenalpasti dan seterusnya penyelesaian kearah masalah tersebut.

Untuk lebih memodenkan fungsi jabatan, nama Bahagian Perjawatan telah ditukar kepada Bahagian Kemajuan Kerjaya dan Bahagian Gaji dan Saraan ditukar kepada Bahagian Saraan, Pencen dan Kemudahan. Perubahan ini adalah perubahan kepada sistem pengurusan yang lama kepada pengurusan yang lebih peka kepada kehendak dan keperluan yang sentiasa berubah-ubah.

Hasil dairpada pembentukan dan perubahan ini, Jabatan Pembangunan Sumber Manusia kini beroperasi dalam empat bahagian utama iaitu:

  •     Bahagian Pembangunan Organisasi
  •     Bahagian Latihan dan Pembangunan
  •     Bahagian Kemajuan Kerjaya
  •     Bahagian Saraan, Pencen dan Kemudahan