Jabatan Perundangan telah ditubuhkan pada tahun 2003 dan digabungkan dengan Jabatan Penguatkuasa dan telah dinaik taraf menjadi jabatan beroperasi sepenuhnya dalam Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

Jabatan Perundangan terdiri daripada enam (6) bahagian dengan jumlah sebanyak 26 kakitangan dan kerja-kerja aktif kepada matlamat mencapai objektif  jabatan selaras dengan visi dan misi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
Enam bahagian yang terdiri daripada:

• Bahagian Sivil
• Bahagian Gubalan dan Kontrak
• Bahagian Pendakwaan dan Penasihat
• Bahagian Pelaksanaan Perintah Mahkamah
• Bahagian  Mahkamah Majistret Bandaraya
• Bahagian Pentadbiran

Fungsi Jabatan Perundangan

i. Memberikan nasihat undang-undang yang sempurna dan efisien kepada Mayor dan kakitangannya untuk memastikan jentera pentadbiran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu berfungsi dan berperanan sejajar selaras dengan kehendak undang-undang.
 
ii. Menjaga dan melindungi kepentingan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu apa-apa jua pelanggaran yang menyalahi undang-undang dan hak-hak mereka di sisi undang-undang.
 
iii. Menjalankan semakan ke atas Undang-Undang Kecil Dewan Bandaraya Kota Kinabalu atau menggubal atau meminda berdasarkan kepada keperluan dari semasa kesemasa.
 
iv. Menjalankan pendakwaan kepada mana-mana pihak yang berhutang atau melanggar Undang-undang Dewan Bandaraya Kota Kinabalu