BUNGA PASU
PENGENALAN
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu menyediakan perkhidmatan penyewaan pasu-pasu bunga kepada semua Jabatan/Agensi Kerajaan, pihak swasta dan orang perseorangan untuk tujuan seperti berikut:
- Menghiasi dewan untuk majlis rasmi, mesyuarat, persidangan dan perkahwinan.
- Menyerikan ruang pameran dan sebagainya
Pokok bunga yang beraneka jenis, subur dan menarik boleh dilihat di Tapak Semaian DBKK, Likas Kota Kinabalu.
PROSEDUR MEMBUAT PENYEWAAN
- Anda hanya perlu menulis surat secara rasmi kepada Jabatan Landskap dan Seni Taman, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Tingkat 7, Bangunan Centre Point, 88675 Kota Kinabalu.
- Pihak swasta atau orang perseorangan dikehendaki mengisi borang di Jabatan Landskap dan Seni Taman, Tingkat 7, Bangunan Centre Point, 88675
KADAR SEWA
- Penyewaan sepasu sehari bagi agensi kerajaan dan orang perseorangan bergantung pada jenis, saiz bunga hiasan.
JENIS
TANAMAN
|
KADAR (RM)
|
||
KERAJAAN
|
SWASTA
|
STAF
|
|
1. Berbunga
|
2 – 10
|
3 – 15
|
1 – 6
|
2. Berdaun
|
3 – 30
|
5 – 40
|
2 – 15
|
- Kos pengangkutan bagi setiap trip 4 tan ialah RM120.00.
- Diskaun sebanyak 30% diberikan bagi penyewa yang menyusun sendiri bekalan bunga hiasan.
- Bagi kerosakan/kehilangan bunga pasu, bayaran ganti dikenakan berdasarkan harga pasaran serta kos penyelenggaraan.
TANGGUNGJAWAB PENYEWA
- Menjaga dan menyiran pokok-pokok tersebut semasa dalam tempoh penyewaan.
- Memaklumkan kepada pihak DBKK jika hendak menyimpan pokok-pokok tersebut lebih lama. Jika tidak, bayaran kerana lewat memulangkan pasu-pasu tersebut akan dikenakan.