Mesyuarat ALK KOPDBKK yang pertama bagi tahun 2020 telah diadakan pada 7 Februari yang lepas. Mesyuarat telah dihadiri oleh 14 Ahli Lembaga Koperasi. Pengerusi KOPDBKK, Datuk Joannes Solidau mengalu-alukan 2 ahli lembaga baru iaitu Encik Mohammad Amir Izzat dan Encik Abdul Jakir yang telah dipilih semasa MAT kali ke-7 yang lepas.

Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat ini adalah keperluan bajet bagi aktiviti koperasi tahun 2020 serta penetapan tugas untuk biro-biro dalam koperasi. 5 biro iaitu Biro Pengurusan & Urusetia, Biro Pembangunan Perniagaan, Biro Promosi & Keahlian, Biro Kebajikan dan Biro Pinjaman akan melaksanakan aktiviti koperasi berpandukan Pelan Pengurusan Strategik Koperasi DBKK 2019-2025.