Jabatan Kejuruteraan

PENGENALAN

Jabatan Kejuruteraan diketuai oleh Pengarah, Ir. Lee Tet Fon dan dibantu oleh lapan (8) orang Jurutera Bandaraya. Pelaksanaan tanggungjawab Jabatan oleh Pengarah dan Jurutera Bandaraya disokong oleh anggota teknikal dan pentadbiran. Jumlah keseluruhan anggota Jabatan Kejuruteraan adalah 151 orang.

Peka dengan keperluan ruang pejabat yang luas dan selesa, pengubahsuaian ibu pejabat telah dijalankan dan kini Jabatan Kejuruteraan diletakkan di keseluruhan ruang baru dan sedia ada di aras 2 bangunan Ibu Pejabat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK). Walau bagaimanapun, Bahagian Bengkel terletak di Lagun Kuala Inanam dan sebahagian pengurusan sisa pepejal terletak di pusat pembuangan sampah Kayu Madang, Telipok.

Pada Jun 2012, terdapat perubahan terhadap struktur organisasi Jabatan Kejuruteraan, di mana Bahagian Jalan Raya, termasuk anggota sedia ada, telah dipindahkan ke Bahagian Pengangkutan dan Trafik bermula pada 01 Jun 2012. 

OBJEKTIF

Objektif Jabatan Kejuruteraan dapat diringkaskan seperti yang berikut:-

  • Memastikan pemprosesan pelan infrastruktur dan kerja-kerja penyelenggaraan yang disediakan menerima maklumbalas positif, memuaskan dan hasil akhir meninggalkan kualiti atau nilai tambahan berharga kepada pelanggan dan juga orang awam.
  • Memastikan perancangan dan polisi yang dijalankan merupakan mesra alam/insan dan meningkat ke arah mempromosikan pembangunan mampan.
  • Bekerjasama dengan pihak berkuasa yang berkaitan berhubung kawalan kerja tanah, mengurus dan menambahbaik pelan saliran, kerja-kerja penyelenggaraan jalan raya dan infrastruktur lain berdasarkan pendekatan perpaduan atau penyatuan.
  • Mengadakan perbincangan dengan jabatan lain dalam DBKK berhubung perkara teknikal. (mewujudkan konsultan dalaman yang kompeten).

 

POLISI KORPORAT JABATAN

Peranan dan fungsi Jabatan Kejuruteraan dalam Dewan Bandaraya Kota Kinabalu mempunyai tiga polisi korporat yang asas dan boleh diformulasikan seperti yang berikut. Polisi pertama dan kedua melambangkan peranan dan fungsi asas Jabatan, sementara itu polisi ketiga berdasarkan kepada potensi Jabatan menjana hasil untuk dana penyelenggaraan dan pembangunan.

  • Kawalan dan perancangan yang teratur terhadap pembangunan infrastruktur melalui pemantauan dan penguatkuasaan yang efektif.
  • Membina dan mengamalkan pengurusan operasi yang baik melalui proses penjanaan semula dan pembangunan personel yang berterusan;
  • Memperkuatkan putaran dana Dewan Bandaraya Kota Kinabalu melalui sumbangan modal (capital contribution) oleh pemaju terhadap infrastruktur seperti pembetungan, saliran dan aktiviti kerja tanah pada peringkat awal projek pembangunan di kawasan yang belum dibangunkan secara keseluruhan sistem infratrsuktur.

 

PELAN STRATEGI JABATAN

PELAN JANGKA PENDEK

  • Mewujudkan kekerapan semakan pelaksanaan kerja untuk memperbaiki kualiti kerja melalui penilaian, semakan strategi dan meneruskan pembangunan anggota teknikal secara profesional.
  • Mengutamakan dan mengoptimakan sumber untuk meneruskan penyelenggaraan atau memperbaiki infrastruktur dan perkhidmatan dengan mewujudkan operasi penyelenggaraan yang kos efektif secara berjadual untuk semua aset awam DBKK.
  • Meninjau opsyen dan membantu mewujudkan pelan kewangan DBKK bagi menjana pendapatan yang lebih untuk menjadi organisai bebas kewangan.

PELAN JANGKA PANJANG

  • Membina kerjasama berpasukan Jabatan yang cekap, berdasarkan kemahiran dan pengetahuan yang pelbagai serta bergerak pantas selaras dengan pelan tindakan yang boleh menjadi pelengkap tambahan kepada sasaran strategi visi dan misi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.
  • Berkhidmat untuk meningkatkan pernyataan halatuju Dewan Bandaraya terhadap galakkan menjadikan bandaraya peranginan ini bersih, cantik dan selamat untuk didiami.

 

FUNGSI

Jabatan Kejuruteraan terbahagi kepada tujuh (7) bahagian dan 1 unit yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan fungsi-fungsi  Jabatan, butiran adalah seperti yang berikut:-

BAHAGIAN SALIRAN DAN SLAB

Peranan & Fungsi

  • Penyelenggaraan sistem saliran dan penutup parit (slab) dalam bidangkuasa DBKK.
  • Pemprosesan pelan sistem saliran yang dikemukakan oleh Konsultant untuk projek pembangunan.
  • Menyelaras dan menyelia projek penyelenggaraan sistem saliran di bawah peruntukkan DBKK atau Kerajaan Negeri dan Persekutuan.
  • Mengambil tindakan sewajarnya terhadap aduan awam berhubung sistem saliran.
  • Menyelaras/mempengerusikan pelbagai mesyuarat yang memerlukan kehadiran dari jabatan lain, seeprti Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya , dsb. berhubung masalah:-
    • Banjir Kilat,
    • Menyelaras pengemukaan pelan sistem saliran bagi kawasan bermasalah.
    • Bekerjasama dengan Jabatan Pengairan dan Saliran ke arah pelan strategik Pengurusan Ribut/Banjir untuk bandaraya (MSMA).

Pegawai Bertanggungjawab 

  1. Jurutera Bandaraya Kanan/En. Poon Chee Kong (Ketua)                     -  521828
  2. Pembantu Teknik/En. Mohd. Amin Kadir (Pelan Saliran)                      -  521817
  3. Pembantu Teknik/En. Timur Tamin @ Azami (Slab)                             -  521809
  4. Pembantu Teknik/En. Alexcius Likid (Penyelenggaraan)                      -  521807 

Agensi/Jabatan Kerajaan Yang Berkaitan - Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya dan Jabatan Perancangan Bandaraya, DBKK - pemprosesan pelan sistem saliran dan jalan raya berhubung dengan kelulusan pelan pembangunan.


BAHAGIAN SISTEM PEMBETUNGAN DAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL
 

Peranan & Fungsi

  • Memproses pelan cadangan sistem pembetungan dan loji rawatan pembetungan untuk kelulusan.
  • Mengurus pengendalian sistem pembetungan (talian pembetungan dan loji rawatan kumbahan).
  • Menyelenggara dan menawarkan perkhdimatan nyah enap (desludging) loji rawatan kumbahan.
  • Melaksanakan projek berhubung sistem pembetungan dalam bidangkuasa DBKK, contoh perancangan dan menaiktaraf.
  • Memeriksa dan mengsahkan kerja siap pembetungan untuk pembangunan bagi pengeluaran sijil menduduki.
  • Mengurus, memantau dan merekod kemasukan kenderaan, pemilik dan jenis bahan buangan yang dibawa masuk ke Kayu Madang.
  • Membuat pengesahan terhadap tuntutan konsultant dan kontraktor berkaitan kerja-kerja di pusat pembuangan dan menyediakan sijil pembayaran.
  • Memantau pembuangan tanpa kelulusan di luar pusat pembuangan dan memantau serta mengawal aktiviti tanpa kebenaran sekitar kawasan tersebut.
  • Memantau kualiti sisa pembuangan dan mengemukakan keputusan ujian yang dijalankan oleh Jabatan Kimia kepada Jabatan Alam Sekitar untuk rekod.
  • Meninjau teknologi baru dan mencari punca kewangan luar bagi menampung perbelanjaan menaiktaraf pusat pembuangan atau membangun kawasan lain untuk pembuangan sisa pepejal pada masa akan datang.
  • Merangka belanjawan bagi mewujudkan pengurusan operasi yang teratur bagi memenuhi standard efluen yang diperlukan dan meningkatkan peringkat perkhidmatan.

Pegawai Bertanggungjawab

    1. Jurutera Bandaraya / En. Jack Lo  (Ketua)          - 521808 / 214525
    2. Jurutera Bandaraya / En. Beddu Ahmad            - 521812 (Pemprosesan Pelan Pembetungan & STP)
    3. Pembantu Teknik / En. Victor Wong                  - 521813
    4. (Pengurusan Sistem Pembetungan & STP)
    5. Pembantu Teknik / En. Aloysius Pedro        - 521821 (Pengurusan Kayu Madang / Sisa Pepejal)


Agensi/Jabatan Kerajaan Berkaitan

Jabatan Kerja Raya, Jabatan Air, Jabatan Pengairan & Saliran, Jabatan Telekom, SESB, etc. Berhubung way leave dan penyelarasan perkhidmatan sedia ada. Jabatan Alam Sekitar, Majlis Daerah Penampang dan Majlis Daerah Tuaran merupakan agensi kerajaan yang ada hubungkait mengenai pengurusan sisa pepejal.

 

BAHAGIAN ELEKTRIKAL

Peranan dan Fungsi

  • Memproses pengemukaan pelan M & E;
  • Menyelenggara perkhidmatan mekanikal dan elektrikal bagi harta milik DBKK, iaitu sistem telefon, bekalan elektrik, sistem penghawa dingin, pam air, kipas penyedut lif dan peralatan audio-visual;
  • Mengurus penyelenggaraan lampu awam, iaitu lampu jalan, lampu kompaun, lampu gelanggang bola keranjang dan badminton, lampu perhiasan, lampu berwarna-warni dan lampu banjir;
  • Melaksana projek untuk kerja-kerja mekanikal dan elektrikal, iaitu menyediakan sebutharga/tawaran;
  • Memeriksa dan melapor kerja-kerja mekanikal dan elektrikal untuk perumahan baru, bangunan komersil baru untuk pengeluaran sijil menduduki.

Pegawai Bertanggungjawab

  1. Jurutera Bandaraya / En. Yiu Yat Ming ( Ketua )                             - 521838
  2. Pembantu Teknik Kanan / En. Manan Gutang                                 - 521837
  3. Juruteknik Kanan / En. Mohd. Asor Daiman                                    - 521835

 

BAHAGIAN JALAN RAYA

Peranan & Fungsi

  • Memproses pelan Jalan Raya;
  • Pemeriksaan pembinaan jalan raya persendirian bagi kawasan perumahan dan komersil;
  • Menyelia pelaksanaan papan tanda jalan jenis rektro-reflektif untuk papan tanda berikut penanda trafik, penanda tunjuk arah, penanda taman dan penandaan garisan jalan raya jenis termoplastik;
  • Menangani aduan berhubung masalah jalan raya dan peredaran trafik melalui EIMS;
  • Menyelaras kerja-kerja kontraktor konsesioner Kerajaan Negeri seperti PKM dan lain-lain kontraktor berkaitan.
  • Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Penilaian Kesan Trafik.


Pegawai Bertanggungjawab

Jurutera Bandaraya / En. Saiman Anggak   ( Ketua )               - 521819

  1. Juruteknik / En. Marjaya Kassim                                 - 521816

 

BAHAGIAN KERJA TANAH

Peranan & Fungsi

  • Memproses pelan Kerja tanah;
  • Menangani aduan berhubung masalah kerja tanah melalui EIMS;
  • Menjalankan pemeriksaan dan mengenakan kompaun terhadap kontraktor yang melanggar peruntukkan dalam Undang- undang Kecil Kerja Tanah.

Pegawai Bertanggungjawab

  1. Jurutera Bandaraya / Puan Lilitia Jenneh  ( Ketua )        - 521820
  2. Pembantu Teknik Kanan / En. Richard Kingki                - 521816
  3. Juruteknik / Encik Purnama Majid                                - 521831

 

BAHAGIAN BENGKEL

Peranan & Fungsi

  • Menyelenggara kenderaan DBKK;
  • Menyelenggara peralatan pemotong rumput DBKK;
  • Menyelenggara lain-lain mesin peralatan DBKK seperti enjin bot dan menyelenggara peralatan di Kayu Madang;
  • Bekalan minyak diesel;
  • Pengurusan penyedutan sisa kumbahan (desludging);

Pegawai Bertanggungjawab

  1. Jurutera Bandaraya / En. Jack Lo  ( Ketua )                       - 521808
  2. Jurutera Bandaraya / En. Chong Kien Vui                          - 521883
  3. Pembantu Teknik / En. Raphael Julian                              - 302586 / 302584


BAHAGIAN KEMUDAHAN AWAM & LOGISTIK

Peranan & Fungsi

  • Menyelenggara semua kemudahan awam dan perkhidmatan seperti Dewan DBKK, Pasar, Tandas, taman-taman, Padang, grandstand, gerai dan menara, berhubung perkara berikut:-
    • Melaksana kerja-kerja mencat dan membaiki;
    • Melaksana kerja-kerja kimpalan dan sistem paip air;
    • Merancang pembaikan dan menyediakan belanjawan pembaikan;
    • Menyediakan sebutharga / tawaran untuk pembaikan / pengubahsuaian / pembersihan;
    • Menyediakan kerja-kerja sebutharga / tawaran;
    • Mengendali penempahan Dewan.
  • Menyelia dan menghadiri mesyuarat tapak untuk projek-projek di bawah peruntukkan Kerajaan Negeri;
  • Menyediakan maklumat teknikal dan penyeliaan untuk semua aktiviti perayaan, majlis dan acara yang melibatkan DBKK.

Pegawai Bertanggungjawab

  1. Jurutera Bandaraya / Pn. Hana’aifah Suhaili   ( Ketua )         - 521833
  2. Pembantu Teknik / En. Yusof Liasan                                   - 521816
  3. Pembantu Tadbir Rendah / Pn. Rosni Giaron                       - 521803 (Unit Tempahan Dewan)

 

BAHAGIAN BANGUNAN DAN STRUKTUR

Peranan & Fungsi

  • Menyelenggara bangunan DBKK, tapak semaian, bengkel, pusat pembuangan sampah, dan lain-lain aset berkaitan;
  • Merancang penambahan ruang pejabat, menaiktaraf, pembersihan dan pembangunan bangunan ibu Pejabat dan bangunan berkaitan;
  • Memproses pelan struktur bangunan dan benteng penahan cerun untuk kelulusan;
  • Menjadi urus setia mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pembangunan Berisiko Tinggi;
  • Memantau status struktur bangunan persendirian yang lusuh untuk cadangan pembangunan semula;
  • Membantu DBKK dalam projek-projek usahasama apabila diperlukan.

Pegawai Bertanggungjawab

  1. Jurutera Bandaraya / En. Abd. Manaf Rajikan  ( Ketua )              - 521810
  2. Pembantu Teknik / Pn. Su Oi Soon                                           - 521805
  3. Juruteknik / En. Ladislaus Kaunsir                                            - 521807
  4. Pelukis Pelan / En. Atiu Uliam                                                 - 521805

 

BAHAGIAN PENTADBIRAN

Peranan & Fungsi

  • Melaksanakan pengurusan rekod, penghantaran surat, fotostat, urusan penyediaan surat rasmi dan lain-lain urusan perkeranian;
  • Bertanggungjawab menyimpan dan menjilid fail;
  • Pengurusan kenderaan.

Pegawai Bertanggungjawab

  1. Penolong Pegawai Tadbir / Pn. Dorina Amit                                    - 521801
  2. Pembantu Tadbir Kanan / Pn. Maureen Chang                                - 521822