Jabatan Landskap

Jabatan Landskap merupakan salah satu bahagian dalam Jabatan Perancangan Bandaraya yang di namakan Bahagian Landskap.   Landskap mula beoperasi pada tahun 1999. Selaras dengan perubahan dan keperluan masa kini, pada 01 disember 2003 , Bahagian Lanskap telah dinaik taraf dan dijadikan sebuah jabatan yang menerajui perancangan pengawalan dan penyelenggaran landskap kawasan pentadbiran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.  

Pengurusan dan operasi Jabatan Landskap di jalankan di ibupejabat dan Nursery Tapak semaian di likas yang berkeluasan 2.5 ekar. Jabatan Landskap di bahagikan kepada 2 bahagian utama iaitu bahagian perancangan, rekabentuk & kawalan pembangunan dan bahagian pengurusan operasi & penyelenggaran landskap.

 

Fungsi dan Objektif
  • Melaksanakan perancangan dan pembangunan landskap berdasarkan Pelan Induk Landskap Kota Kinabalu.
  • Merancang dan merekabentuk projek landskap dengan menerapkan unsur - unsur senireka, budaya dan tradisi tempatan yang memenuhi keperluan masa kini.
  • Merancang dan mengurus sumber alam bagi meningkatkan kualiti emeniti bandar dan luar bandar
  • Menyediakan kawasan hijau dan jaluran hijau sebagai komponen utama di kawasan perbandaran
  • Menyediakan Garis Panduan Perancangan dan senireka Landskap yang merangkumi aspek pemuliharaan kawasan semulajadi dan bersejarah.
  • Menyediakan Garis Panduan Pemeliharaan Pokok bagi pemeliharaan pokok sekitar Kota Kinabalu
  • Membangun, menyelenggara dan memperindahkan tempat - tempat tumpuan dan taman - taman awam.
  • Bekerjsama dengan pihak kerajaan dan agensi swasta selaras dengan Local Agenda 21