Jabatan Pengurusan Harta

Jabatan Pengurusan Harta (JPH) adalah satu Jabatan baru yang merupakan cantuman antara Bahagian Pengurusan Harta Benda (Jabatan Kewangan dan Belanjawan) dan Bahagian GIS (Jabatan Perancangan Bandaraya).  Jabatan ini mula berkuatkuasa pada 1 Disember 2003.  Oleh itu selain dari meneruskan usaha-usaha yang telah dijalankan oleh kedua Jabatan di atas JPH akan mengorak langkah untuk memperkemas serta mempelbagaikan sumber kewangan DBKK melalui system pengurusan harta yang berkesan.


Objektif Jabatan

Untuk memastikan pengurusan harta yang sistematik dan berkesan untuk DBKK dan memastikan semua pelaburan terhadap harta DBKK membawa pulangan yang optima.

Fungsi Jabatan

Fungsi Jabatan adalah untuk memastikan pengurusan harta benda DBKK yang sistematik dan berkesan selaras dengan peruntukan dalam Seksyen 49 Ordinan Kerajaan Tempatan 1960 dan Enakmen Bandaraya Kota Kinabalu 1996.  Pencapaian fungsi akan dilaksanakan melalui:-

  • Penyediaan dan penyelenggaraan Profil dan Sistem Inventori harta yang sistematik
  • Penyediaan database lengkap berhubung dengan hartanah dalam kawasan Bandaraya Kota Kinabalu
  • Pelaksanaan kajian feasibility sebelum sebarang pelaburan dilaksanakan
  • Pelaksanaan sistem kutipan hasil/ sewaan yang lebih teratur
  • Mempergiat usaha untuk mendapatkan lebih banyak hartanah untuk DBKK
  • Memastikan penyelenggaraan berkala untuk semua harta DBKK
  • Pengurusan pelaburan serta pemasaran semua tempat Letak Kereta milikan DBKK