Jabatan Penilaian

VISI

Menjadi Jabatan Penilaian Kuasa Tempatan utama yang efisien, toleran, berorientasikan teknologi maklumat, telus dan professional di Malaysia Timur menjelang tahun 2015.

MISI

  • Meningkatkan hasil menerusi cukai kadaran;
  • Mengurus dan mengemaskini pangkalan data hartanah berkadar; dan
  • Menyumbang dalam menambak baik pendekatan / kaedah / standard / penilaian di peringkat Kuasa Tempatan


OBJEKTIF JABATAN

Objektif Jangka Pendek dan Sederhana

  • Mengkaji dan menambah baik struktur operasi dalam sistem perkadaran untuk mencari punca pendapatan tambahan. Ini membolehkan DBKK tidak bergantung sangat kepada gran kerajaan
  • Menguatkuasa peruntukan undang-undang berkenaan dengan penilaian semula ke atas hartanah berkadar serta mengimplementasikan Senarai Penilaian Baru
  • Memastikan cukai kadaran yang dibayar adalah adil dan berpatutan
  • Mengutip cukai kadaran secara efisien dan berkesan
  • Memperluaskan hasil kutipan cukai kadaran melalui pertambahan kawasan kadaran

Objektif Jangka Panjang

  • Mencapai sumber kewangan yang mencukupi dalam melaksanakan fungsi-fungsi statutory dan tanggungjawab DBKK
  • Menghasilkan cukai kadaran secara optimum menerusi penilaian semula ke atas hartanah berkadar dan mengimplementasikan Senarai Penilaian Baru
  • Memperluaskan lagi sumber pendapatan menerusi lain-lain jenis hartanah berkadar

 

FUNGSI JABATAN

PENILAIAN

  • Bertanggungjawab melaksanakan tugas-tugas yang diperuntukkan di bawah Bahagian serta Seksyen 56, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 dan Fasal 156, Perlembagaan Persekutuan
  • Bertanggungjawab menyediakan Perintah Kadar Tahunan untuk Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
  • Bertanggungjawab menambah baik kaedah, pendekatan serta standard bidang penilaian terutamanya di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan
  • Bertanggungjawab mencari sumber hasil pendapatan alternatif yang wujud atas penggunaan tanah secara optimum
  • Bertanggungjawab menyediakan maklumat hartanah berkadar kepada National Property Information Centre (NAPIC) dan Malaysia Geospatial Data Infrastructure (MyGDI)

FUNGSI PENTADBIRAN

  • Bertanggungjawab menyimpan, menyelenggara, dan mengemaskini semua maklumat hartanah berkadar yang dihasilkan serta digunakan oleh Jabatan Penilaian
  • Bertanggungjawab memastikan aktiviti kerja di Jabatan Penilaian berjalan dengan lancar
  • Bertanggungjawab memastikan kakitangan, Jabatan Penilaian mendapat pendedahan serta latihan/kursus teknikal yang bersesuaian dan dalam masa yang sama memantau prestasi mereka
  • Bertanggungjawab menghasilkan/mencetak borang/dokumen rasmi yang digunakan oleh Jabatan Penilaian
  • Bertanggungjawab dalam menjalankan semakan aktiviti Jabatan setiap suku di Jabatan Penilaian
  • Bersama-sama dengan Jawatankuasa Rekreasi & Suka Jabatan Penilaian memastikan hubungan serta tali persabahatan di kalangan kakitangan pada tahap yang terbaik serta menjaga kebajikan dan sosial kakitangan di Jabatan Penilaian.