Jabatan Penyelidikan dan Inovasi

Visi Jabatan

Menjadi peneraju dalam Pengurusan dan pembangunan etika  Masyarakat yang  bertanggungjawab terhadap isu sosial, ekonomi dan alam sekitar , bertamadun, bermaklumat, berkemudahan dan peneraju dalam pengurusan pembangunan bandaraya  yang seimbang di kalangan pihak Berkuasa Tempatan Negeri.

 
Misi Jabatan

1)   Meningkatkan penyertaan masyarakat dalam pembangunan sosial, ekonomi dan penjagaan kebersihan alam sekitar.

2)   Menyediakan kemudahan maklumat kepada masyarakat untuk mengetahui perkara-perkara yang boleh menyokong pembangunan organisasi DBKK dan Bandaraya.

3)   Mengurangkan kelemahan dan ketidak cekapan pihak pengurusan DBKK dalam pentadbiran bandaraya melalui penyelidikan.

4)   Mengenal pasti keperluan masyarakat untuk tujuan keselesaaan, keselamatan dan pembangunan ekonomi bandaraya.

5)   Pengurusan dan anggota jabatan yang cekap dan mempunyai semangat berpasukan yang kuat.

 
Fungsi Jabatan

Tugas-Tugas Jabatan Penyelidikan dan Kordinasi meliputi tugas-tugas penyelidikan tentang keberkesanan pengurusan DBKK dan pembangunan  Bandaraya , penyelidikan mengenai isu dan pembangunan masyarakat dari segi ekonomi, sosial dan alam sekitar termasuk perancangan program-program yang boleh melibatkan masyarakat, dapat membantu masyarakat mengenal pasti kemudahan, tindakan yang perlu dilakukan untuk sama-sama membangunkan bandaraya dan membantu masyarakat mengenal pasti tindakan yang tidak sepatutnya. Tugas-tugas berkenaan adalah seperti berikut:

1) Melaksanakan penyelidikan, mengenal pasti isu-isu dan masalah serta menyediakan  cadangan-cadangan penyelesaian dan penambahbaikan.

2) Menyimpan data penyelidikan dan menyediakan data statistik pengurusan dan kemudahan bandaraya sebagai sumber maklumat dan rujukan.

3) Merancang, menyelaras, menyediakan persediaan dan melaksanakan program-program yang berkaitan dengan sosial, ekonomi dan alam sekitar dibawah program LA 21.

4) Merancang, menyelaras, menyediakan keperluan dan melaksanakan Pameran penyampaian maklumat.

 

Objektif Jabatan

1.Mempertingkatkan kualiti hidup masyarakat di Bandaraya Kota Kinabalu melalui pengamalan pembangunan mampan dan perkongsian pintar LA 21.

2.Mewujudkan pusat kecemerlangan penyelidikan bagi Bandaraya Kota Kinabalu.