Jabatan Perancangan Bandaraya

PENGENALAN

Jabatan Perancangan Bandaraya yang telah diwujudkan pada 02 Februari 2001. Jabatan ini diketuai oleh Encik Stanley Chong dan dibantu oleh Jurutera Bandaraya Kanan, Pegawai Perancangan Bandaraya,  Arkitek dan Jurutera Trafik & Pengangkutan Awam. Pelaksanaan tanggungjawab jabatan oleh Ketua Jabatan dan pegawai atasan disokong oleh anggota teknikal dan pentadbiran. 

VISI JABATAN adalah mengutamakan dan mengambilkira tentang aspek kebajikan warga bandaraya atau masyarakat yang  menghuninya,  di mana adalah menjadi wawasan Jabatan untuk  menjadikan Bandaraya Kota Kinabalu sebagai tempat tinggal, tempat  bekerja dan berekreasi yang selesa  dan baik untuk generasi semasa  dan yang akan datang.   Berdasarkan visi di atas, peranan dan fungsi Jabatan secara umumnya dapat dikategorikan seperti berikut:

  • Menyediakan dan melaksanakan pelan perancangan yang dapat memandu arah pembangunan Bandaraya Kota Kinabalu dalam era teknologi maklumat di abad ke 21.
  • Menterjemahkan dasar dan polisi pelan pembangunan spatial negara dan negeri dalam proses perancangan pembangunan di Bandaraya Kota Kinabalu.
  • Membantu dalam menyelaraskan dan menggalakkan pelaburan pembangunan pihak kerajaan Persekutuan, Negeri dan agensi swasta dalam kawasan Bandaraya Kota Kinabalu.
  • Mengawal dan memandu arah serta menjadi penggalak (catalyst) kepada pembangunan fizikal agar dapat mencapai tahap potensi maksimum, disamping mengambilkira aspek sosio ekonomi dan budaya masyarakat serta alam persekitaran semulajadi Bandaraya Kota Kinabalu.
  • Merancang dan melaksanakan program pembangunan yang selaras dengan matlamat Bandaraya Kota Kinabalu untuk menjadi Bandaraya Taman Peranginan Semulajadi
  • Melaksanakan perancangan dan pembangunan selaras dengan Agenda 21 yang menitikberatkan penyertaan dan kerjasama masyarakat secara keseluruhan dalam proses pembangunan Bandaraya Kota Kinabalu.
  • Merancang dan mengurus sistem lalulintas dan pengangkutan awam dalam Bandaraya Kota Kinabalu bagi menentukan mobalisasi pelbagai aktiviti secara yang berkesan dan paling effisien sesuai dengan peredaran zaman.
  • Menyediakan rangkaian maklumat yang dapat digunakan untuk memaksimumkan sumber kekayaan semulajadi Bandaraya Kota Kinabalu untuk kesejahteraan hidup warga Bandaraya bagi masa akan datang.
  • Menyediakan garis panduan pelaksanaan pembangunan Bandaraya Kota Kinabalu yang jelas dan berkesan kepada pelaburan yang menggalakkan perkembangan Bandaraya Kota Kinabalu.
  • Memastikan Paradigma Perancangan Sejagat yang menjadi salah satu wawasan perancangan fizikal Negara Malaysia dapat diterjemahkan dalam kesemua aspek perancangan dan pembangunan di Bandaraya Kota Kinabalu.

 

MISI JABATAN

  • Membantu Dewan Bandaraya untuk merancang, memandu serta melaksanakan program pembangunan agensi kerajaan dan swasta agar selaras dan selari dengan   Wawasan Negara Malaysia untuk menjadi negara yang   membangun dari kesemua aspek menjelang tahun 2020.
  • Memainkan peranan penting dalam menentukan fungsi Bandaraya Kota Kinabalu sebagai ibu negeri Sabah dapat dipertingkatkan dan dikekalkan, dan menjadikan Bandaraya yang  membangun secara  teratur   dan progresif serta  pada masa yang sama dapat mengekalkan dan   mempertingkatkan potensi semulajadi  dan kemudahan-kemudahannya.


 

FUNGSI DAN AKTIVITI JABATAN

Fungsi dan aktiviti utama bagi bahagian yang terletak di bawah jabatan ini adalah sepertimana yang diterangkan di bawah:

 

BAHAGIAN PERANCANGAN DAN PEMBANGUNAN

a) Pelan Perancangan - pembangunan Bandaraya Kota Kinabalu adalah berasaskan kepada  beberapa pelan perancangan yang telah disediakan iaitu:

  • Pelan Struktur Kota Kinabalu
  • Pelan Pembangunan Komprehensif Kota Kinabalu
  • Pelan-pelan Tempatan (meliputi Pelan Tempatan Telipok, Pelan Tempatan Taman Perindustrian Kota Kinabalu/KKIP, Pelan Tempatan Karambunai, Pelan Tempatan Kuala Menggatal, Pelan Temptan Menggatal, Pelan Tempatan Kuala Inanam, Pelan Tempatan Inanam, Pelan Tempatan Nountun, Pelan Tempatan Kota Kinabalu dan Pelan Tempatan Tanjung Aru/Sembulan); dan
  • Pelan Gunatanah Daerah Kota Kinabalu (kawasan di luar liputan pelan-pelan tempatan).

 

Penyediaan pelan-pelan perancangan tersebut adalah berpandukan kepada Ordinan Perancangan Bandar dan Desa   (BAB 141), di mana mendapat nasihat dan bantuan daripada Jabatan Perancangan Bandar dan Wilayah Sabah.

Dewan Bandaraya Kota Kinabalu mempunyai perancangan dan  program  untuk masa terdekat ini menggubal Enakmen Perancangan Bandaraya sendiri dan selaras dan selari dengan itu usaha sedang dijalankan  untuk mengkaji dan mengemaskinikan semula kesemua   Pelan Struktur, Pelan  Pembangunan Komprehensif dan Pelan-pelan Tempatan sedia ada.
 

b)  Pelan Pembangunan - Pemerosesan dan kelulusan pelan-pelan pembangunan ketika ini diterima dan diproses oleh Bahagian ini dan kaedah mempertimbangkan pelan-pelan yang diterima melalui Jawatankuasa Perancangan Bandar semasa bertaraf Majlis Perbandaran telah diubahsuai dimana kepada pemerosesan dalaman yang berasaskan kuasa yang diberikan kepada Mayor Bandaraya.
      


BAHAGIAN KAWALAN BANGUNAN                              

a)  Pelan Bangunan  -  Penerimaan dan pemerosesan pelan-pelan bangunan dijalankan oleh Bahagian ini dan pemerosesan melalui Jawatankuasa Pelan Bangunan semasa di bawah Majlis Perbandaran telah ditukar melalui pemerosesan dalaman berdasarkan kuasa yang diperuntukan kepada Mayor Bandaraya.
 

b)  Sijil Kelayakan Menduduki bangunan (OC-Occupation Of Certificate) - Bahagian ini juga telah menerima peralihan tanggungjawab untuk memproses permohonan bagi mendapatkan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (OC) daripada Jabatan Kejuruteraan dan jadual di bawah menunjukkan statistik bagi sijil-sijil menduduki bangunan yang telah dikeluarkan bagi tahan 2000 hingga 2008.
 

c)  Pengawalan Aktiviti dan Keadaan Struktur Bangunan - Bahagian ini juga terlibat dalam pengawalan aktiviti dan pembinaan struktur sama ada yang mendapatkan kelulusan ataupun yang dibina tanpa kelulusan. Pemeriksaan dijalankan secara berterusan sepanjang tahun-tahun tersebut dan hasil pemeriksaan telah disusuli dengan tindakan jabatan ini melaluinotis dan juga disalurkankepada jabatan lain untuk diambil tindakan.

 

BAHAGIAN PENTADBIRAN

Unit Pentadbiran bagi jabatan ketika ini terlibat secara langsung dalam membantu perjalanan pentadbiran kesemua bahagian dalam aspek seperti urusan pentadbiran am seperti perkeranian, sistem fail bagi dokumen, surat menyurat, penyimpanan dan percetakan dokumen,penyediaan inventori pejabat, menyampaikan surat makluman dan kelulusan pelan-pelan berkaitan, sebagai urusetia Mesyuarat Jawatankuasa Pelan Pembangunan dan Pelan Bangunan dan mengatur serta mencatat minit mesyuarat jawatankuasa yang berkaitan dengan jabatan.