Jabatan Perundangan

PENDAHULUAN
Struktur Jabatan Perundangan terdiri daripada enam (6) bahagian yang mempunyai seramai 25 kakitangan dan berfungsi merialisasi objektif jabatan sejajar dengan Visi dan Misi Dewan Bandaraya Kota Kota Kinabalu.  Bahagian-bahagian tersebut adalah:

  1. BAHAGIAN TINDAKAN SIVIL
  2. BAHAGIAN GUBALAN
  3. BAHAGIAN PENDAKWAAN
  4. BAHAGIAN PENJANJIAN & KONTRAK
  5. BAHAGIAN PENTADBIRAN (PEJABAT AM)
  6. MAHKAMAH BANDARAYA:

    (i)    MAHKAMAH MAJISTRET
    (ii)    MAHKAMAH ANAK NEGERI DAERAH

 

STRUKTUR ORGANISASI JABATAN PERUNDANGAN

Setakat ini Jabatan Perundangan mempunyai 25 orang kakitangan yang terdiri daripada:

BIL

SKEL

JAWATAN

JUMLAH

CATATAN

1

L48

Pengarah/Pegawai Undang- Undang

1

 

2

L44

Pegawai Undang-Undang

1

 

3

L41

Pegawai Undang-Undang

1

 

3

N41

Pegawai Tadbir

2

 

4

N27

Penolong Pegawai Tadbir (Kesetiausahaan)

1

 

5

N27

Penolong Peg. Tadbir

1

 

6

N22

Pembantu Tadbir Kanan

6

 

7

N17

Pembantu Tadbir

4

 

8

N1

Pembantu Am Pejabat

1

 

9

N4

Attenden Letak Kereta

1

 

10

R4

Pekerja Rendah Awam

1

 

11

R1

Pekerja Rendah Awam

4

 

12

R3

Pemandu Kenderaan

1

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

PERANAN/TANGGUNGJAWAB

Secara amnya Jabatan ini adalah bertanggungjawab dan berperanan untuk memberikan nasihat perundangan selaras dengan undang-undang yang berkuatkuasa dan digunapakai serta membuat pemantauan mengenai undang-undang dan polisi-polisi yang digunapakai oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu untuk memastikan hak-hak dan fungsi-fungsi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dapat dijalankan mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada. Selain daripada itu Jabatan Perundangan juga bertanggungjawab untuk mendakwa mana-mana pihak yang berhutang atau melanggar Undang-Undang Kecil Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

OBJEKTIF JABATAN PERUNDANGAN

Memberikan nasihat guaman yang sempurna dan efisien kepada Mayor dan kakitangannya untuk memastikan jentera pentadbiran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu berfungsi dan berperanan sejajar dengan kehendak undang-undang.

• Menjaga dan melindungi kepentingan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu terhadap apa-apa jua pelanggaran yang menyalahi undang-undang dan hak-hak mereka di sisi undang-undang.

Menjalankan semakan ke atas Undang-Undang Kecil Dewan Bandaraya Kota Kinabalu atau menggubal atau meminda berdasarkan kepada keperluan dari semasa ke semasa.

• Menjalankan Menjalankan pendakwaaan kepada mana-mana pihak yang berhutang atau melanggar Undang-Undang Dewan Bandaraya Kota Kinabalu.

VISI

Efisien, Professional dan Adil

MISI

 Menjaga dan melindungi kepentingan DBKK selaras dengan peruntukan undang-undang dengan adil dan saksama