Jabatan Teknologi Maklumat

Jabatan Komputer (kini Jabatan Teknologi Maklumat) ditubuhkan pada 28 November 2002. Tujuan utama Jabatan ini adalah untuk mengendalikan sistem perkomputeran DBKK. Ia berada di bawah Sektor Teknikal di dalam Carta Organisasi Dewan Bandaraya Kota Kinabalu. Jabatan ini dibahagikan kepada Bahagian Pentadbiran dan Bahagian Teknikal bagi memastikan sistem perkomputeran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu berjalan dengan lancar.

OBJEKTIF JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Memastikan perlaksanaan sistem perkomputeran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu  berjalan dengan lancar selaras dengan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi.  
 
FUNGSI – FUNGSI UTAMA JABATAN

1 . Mengawasi perlaksanaan Dasar Teknologi Maklumat organisasi

2 .  Menyediakan infrastruktur Teknologi Maklumat organisasi

3.  Menyediakan perkakasan dan kelengkapan komputer kepada semua jabatan di organisasi

4 . Membangun, mengimplementasi dan menyelenggara Sistem Maklumat Organisasi

5 . Menyelenggara Komputer, Server dan kelengkapan komputer

6.  Menyokong dan bekerjasama dengan jabatan lain di dalam soal yang berkaitan dengan pembangunan dan pelaksanaan teknologi maklumat organisasi

  
 Fungsi Bahagian Pelaksanaan & Pentadbiran 

  •     Pelaksanaan sistem maklumat dan aplikasi
  •     Pengurusan permohonan perkakasan dan perisian
  •     Perolehan bekalan komputer
  •     Perancangan dan pelaksanaan polisi
  •     Pengurusan Emel
  •     Pentadbiran
  •     Keselamatan Data


Fungsi Bahagian Penyelenggaraan & Sokongan  

  •     Pengurusan sistem rangkaian komputer (Helpdesk)
  •     Perkhidmatan meja bantuan (Helpdesk)
  •     Penyelenggaraan dan baikpulih komputer
  •     Pengurusan aset komputer (Pinjaman, Pembekalan, dan Pelupusan)
  •     Software updates & patches


Fungsi Bahagian Multimedia dan Web

  •     Rekabentuk dan produksi
  •     Pembangunan web
  •     Pembangunan laman web
  •     Sokongan multimedia