Famili/Nama Saintifik: ARDEIDAE/EGRETTA ALBA
Burung bangau ini adalah yang terbesar (82sm-120sm) dalam kumpulan burung bangau. BUkunya berwarna putih dan kakinya pula berwarna hitam. Paruhnya berwarna kuning tetapi bertukar menjadi hitam semasa musim pembiakan, iaitu pada bulan APril hingga bulan September. Bangau ini sering dijumpai di sawah padi, kawasan paya dan hutan bakau Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia. Di Kota Kinabalu ia sering ditemui di Likas Lagoon dan di dalam semak di kawasan paya biasanya dalam koloni yang kecil.
  Famili/Nama Saintifik: ORCHIDACEAE/PHALAENOPSIS AMABILIS
Genus Phalaenopsis diterbitkan sempena perkataaan Yunani (Greek) "Phalaina" bermaksud Rama-Rama dan "Opsis" menyerupai (likesness) dengan merujuk kepada bentuk bunganya yang besar dan cantik yang menyerupai seekor rama-rama. Phalaenopsis Amabilis (Latin "amabilis" bermaksud cantik molek) juga dikenali sebagai Orkid Borneo, adalah Orkid Epifit. Ia mempunyai batang yang pendek dan berdaun bujur panjang mencapai 30sm dan selebar 12sm. Tangkai bunganya boleh mencapai 80sm yang mampu menampung sehingga 20 kuntum bunga berwarna putih sebenar 8sm hingga 10sm. Spesies orkid ini banyak didapati di Borneo. Ianya mudah ditanam, dipelihara, serta mudah dialihkan tanpa memerlukan pengunaan tanah-tanih.
  Famili/Nama Saintifik: CASUARINNCEAE/CASUARINA SUMATRANA atau CASUARINA NOBILE
Spesies Casuarina mempunyai dedaun yang menghijau, cantik dan sesuai untuk dijadikan hiasan. Daunnya membentuk mahkota yang diliputi belukar dengan bayang yang malar dan bersimetri. Pokok ini membesar secara perlahan-lahan dan jangka hayatnya hanya boleh mencapai sehingga 70 tahun. Ianya tidak perlu dicantas atau dipotong kerana mempunyai cabang yang sedikit. Batang pokonya dikenali sebagai kayu keras. Pokok Sempilau Laut ini boleh disusun secara teratur sebagai hiasan landskap di tepi jalan. Apabila pokok-pokok ini ditanam di kedua-dua tempat, banyak tempat berteduh dapat disediakan.