Lesen Berniaga

LESEN BERNIAGA DAN LESEN DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU

Apakah lesen berniaga dan Lesen Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
·    Lesen Berniaga adalah lesen yang dikeluarkan di bawah Ordinan Lesen  Perniagaan, 1948, cap 144. yang melesenkan semua jenis perniagaan.
·    Lesen Dewan Bandaraya Kota Kinabalu adalah seperti berikut:
      ·    Lesen di bawah Undang-Undang Kecil Bandaraya Kota Kinabalu :
            ·    Undang-Undang Kecil (Premis Makanan)Kota Kinabalu, 1966
            ·    Undang-Undang Kecil (Pendandan Rambut) Kota Kinabalu, 1966
            ·    Undang-Undang Kecil (Dobi) Kota Kinabalu, 1966
            ·    Undang-Undang Kecil (Offensive Trade)1966
            ·    Undang-Undang Kecil (Pub and Bar Lounge) 1984
            ·    Undang-Undang Kecil (Hotels and Lodging Houses) 1966
            ·    Undang-Undang Kecil ( Iklan) 1983
     ·    Polisi DBKK: 01/2009 Permit Kakilima dan ruang legar
     ·    Lesen di bawah Ordinan Petroleum,1960
     ·    Lesen di bawah Ordinan Hiburan Awam,1958

Bagaimana untuk memohon
·    Dapatkan khidmat nasihat awal: Hubungi kami di talian :088-521800

·    Lengkapkan Borang Permohonan Lesen
·    Lengkapkan semua dokumen sokongan
     Permohonan akan ditolak sekiranya tidak lengkap.
·    Kemukakan permohonan

     Kemukakan permohonan kepada perkhidmatan kaunter permohonan lesen di:

     JABATAN PELESENAN, DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU
     Tingkat bawah, Bangunan Ibu pejabat DBKK
     No.1, Jalan Bandaran
     88675 KOTA KINABALU

Pertukaran butiran lesen
Sebarang permohonan penukaran butiran lesen, hendaklah melengkapkan Borang C – Permohonan Pertukaran Butiran Lesen, dengan bayaran sebanyak RM12.00

Pembaharuan Lesen
·    Pembaharuan Lesen Berniaga boleh dibuat bermula bulan November  dengan membawa lesen asal.

Borang Permohonan Lesen
·    Borang Permohonan Untuk Lesen Berniaga(Seksyen 5) Ordinan Lesen Perniagaan, 1948
·    Borang Permohonan Lesen Dibawah Undang-Undang Kecil Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
·    Borang Permohonan Lesen Iklan, Jadual Kedua Undang-Undang Kecil (Iklan Bandaraya Kota Kinabalu) 1983
·    Borang Permohonan Lesen Ordinan Hiburan Awam 1958 (Kaedah-kaedah hiburan awam 2009) Jadual Pertama, Borang A [Subkaedah 3(1)]
·    Borang Permohonan Permit Penggunaan Kakilima dan Ruang Legar Pejalan kaki
·    Borang Permohonan Pertukaran Butiran lesen Dibawah Undang-Undang Kecil Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
·    Borang “Notice Of Change In Particulars” The Trade Licensing Ordinance, 1948, Form C.