ADUAN AWAM

Bil. Soalan Jawapan
1. Apa yang boleh saya adu kepada Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam ( JPPA ), DBKK? Semua aduan / pertanyaan/ penghargaan dan cadangan yang berkaitan dengan tindakan dan keputusan berhubung kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh DBKK kepada orang awam.

2. Adakah sebarang bayaran dikenakan untuk membuat aduan / pertanyaan/ penghargaan dan cadangan? Tiada. Tiada bayaran dikenakan untuk setiap aduan / pertanyaan/ penghargaan dan cadangan.

3. Bolehkah saya membuat aduan / pertanyaan/ penghargaan dan cadangan bagi pihak orang lain? Boleh, dengan izin pengadu.

4. Bolehkah saya mengemukakan aduan/pertanyaan / penghargaan dan cadangan tanpa memberitahu maklumat peribadi? Tidak Boleh, ini kerana maklumat ini penting untuk rekod DBKK dan maklumat ini untuk rujukan dan rekod DBKK SAHAJA. Maklumat peribadi adalah mandatori bagi memastikan kesahihan aduan dan membantu siasatan dilakukan atas aduan dengan lebih efektif. Selain itu, maklumat ini penting supaya pengadu boleh dihubungi oleh DBKK untuk memberikan maklumbalas hasil aduan mereka.

5. Adakah maklumat peribadi pengadu akan dirahsiakan oleh pihak JPPA, DBKK? Semua aduan adalah penting kepada pihak JPPA, DBKK. Maklumat pengadu dirahsiakan.

6. Apakah jenis aduan / pertanyaan/ penghargaan dan cadangan yang boleh diterima oleh JPPA, DBKK? i. Kelewatan / tiada tindakan;
ii. Tindakan tidak adil;
iii.Kekurangan kemudahan awam;
iv. Kepincangan perlaksanaan dasar dan kelemahan undang-undang;
v. Salah guna kuasa / penyelewengan yang bukan bertujuan mendatangkan keuntungan;
vi. Kegagalan perkhidmatan disampaikan mengikut prosedur yang ditetapkan;
vii.Kegagalan penguatkuasaan; dan
viii.Kualiti perkhidmatan yang tidak memuaskan.

7. Apakah perkara/tindakan/isu yang tidak boleh dirujuk kepada JPPA, DBKK? Isu-isu yang di luar skop dan bidang kuasa DBKK (sistem penyampaian perkhidmatan) seperti:
i. Dasar-dasar agensi kerajaan lain;
ii. Perkara-perkara yang meliputi bidang kuasa PBT luar dari kawasan perkadaran DBKK
iii.Mahkamah,
iv. Isu peribadi;
v. Politik;
vi. Isu perkauman

8. Bagaimana cara saya membuat aduan / pertanyaan/ penghargaan dan cadangan? Panggilan telefon ke talian :
a. Talian tetap hotline DBKK : 088 313991 ( Waktu pejabat SAHAJA )
b. Talian am : 088 521800 ( Waktu pejabat SAHAJA )
c. Talian hotline whatsApp DBKK : 012 2220220 ( Setiap hari / 8.00 pagi -10.00 malam )

9. Apa maklumat yang perlu saya berikan untuk aduan / pertanyaan/ penghargaan dan cadangan kepada JPPA, DBKK? Maklumat yang perlu :
• Jenis maklum balas;
• Tajuk aduan/pertanyaan/ penghargaan dan cadangan;
• Butiran aduan/pertanyaan/ penghargaan dan cadangan berserta lokasi aduan;
• Penerangan Aduan;
• Nama Pengadu;
• Telefon Bimbit;
• E-mel;
• Alamat

10. Apakah yang berlaku kepada aduan / pertanyaan/ penghargaan dan cadangan saya? Setiap aduan / pertanyaan/ penghargaan dan cadangan yang dikemukakan kepada JPPA, DBKK akan diterima jika berasas. Seterusnya disiasat dan diselesaikan. Pengadu akan dimaklumkan keputusan siasatan melalui e-mel atau surat atau boleh menyemak keputusan dengan menghubungi talian tetap Hotline DBKK 088 313991

11. Berapa lama JPPA , DBKK membuat siasatan? Setiap aduan yang dikendalikan oleh JPPA, DBKK adalah berdasarkan ketetapan fungsi jabatan ini. Bagi pengurusan kes aduan mudah , aduan perlu diselesaikan dalam tempoh 14 hari bekerja.Manakala, bagi aduan yang sukar , ianya diselesaikan dalam tempoh 90 hari / 3 bulan.