DBKK ESERVICES

 

1.

Apakah DBKK eServices?

 

DBKK eServices adalah portal perkhidmatan dalam talian untuk pelanggan DBKK. Ini adalah kemudahan bagi pelanggan DBKK untuk melakukan transaksi berikut secara dalam talian:

  1. Semak dan bayar Bil Cukai Kadaran DBKK.
  2. Semak dan memperbaharui Lesen DBKK.
  3. Semak dan bayar Kompaun DBKK.

 

2.

Siapakah yang boleh menggunakan perkhidmatan eServices?

 

Perkhidmatan ini terbuka kepada SEMUA pelanggan DBKK seperti berikut;

  1. PEMILIK HARTANAH/PEMBAYAR CUKAI PINTU
  2. PENIAGA / PEMILIK LESEN
  3. ORANG AWAM (KOMPAUN DBKK)

 

3.

Perlukah saya mendaftar untuk menggunakan DBKK eServices?

 
  1. YA, sekiranya anda mahu melihat sejarah transaksi yang telah dibuat
  2. YA, sekiranya anda mahu melihat bil cukai pintu dan membuat pembayaran cukai pintu
  3. YA, sekiranya anda mahu menyemak lesen dan memperbaharui lesen
  4. TIDAK, sekiranya anda hanya mahu membuat pembayaran ke atas kompaun

 

4.

Bagaimana saya mengakses DBKK eServices untuk mendaftar?

 

Anda boleh mengakses DBKK eServices melalui cara berikut:

  1. Melalui laman Web DBKK > PERKHIDMATAN> SERVICE ONLINE> DBKK ESERVICES
  2. Melalui DBKK eServices PORTAL > https://eservices.dbkk.sabah.gov.my

 

5.

Apakah kaedah pembayaran yang disediakan dalam eServices?

 
  1. Kaedah pembayaran secara Pindahan Bank (FPX) ( FPX Individu atau FPX Koporat (max RM 30,000.00).
  2. Kad Kredit
  3. Kad Debit.

 

6.

Adakah saya dikenakan caj tambahan menggunakan eServices?

 

Tidak.

 

7.

Bolehkah saya membuat pembayaran tanpa mendaftar dalam eServices?

 

YA, pendaftaran hanya wajib bagi pembayaran cukai pintu dan pembaharuan lesen.

 

8.

Apakah yang saya perlu lakukan jika saya tidak menerima email activation?

 

Sila klik pada Link “RESEND ACTIVATION” di laman login portal DBKK eServices. Alamat e-mel yang didaftar mestilah betul dan sah.

 

9.

Bagaimana saya mendapatkan semula login/kataluan saya?

 

Sila klik link FORGOT PASSWORD di laman login Portal DBKK eServices. https://eservices.dbkk.sabah.gov.my/login

 

10.

Berapa lamakah saya perlu tunggu untuk emel reset kata laluan?

 

Serta merta sekiranya tiada gangguan talian internet.

 

11.

Bolehkah saya membuat pembayaran melalui eServices bagi pihak orang lain?

 
  1. YA, untuk kompaun pembayaran adalah terbuka
  2. YA, untuk cukai pintu anda perlu linkNo akaun DBKK pemilik ke dalam akaun anda
  3. TIDAK, untuk lesen anda hanya boleh membayar lesen atas nama dan Kad Pengenalan yang anda daftarkan sahaja.

 

12.

Bagaimana saya menukar alamat emel akaun yang telah didaftar?

 

Setelah berjaya login ke akaun anda, sila ke menu “Profile” untuk kemaskini alamat emel anda.

 

13.

Bagaimana saya mendapatkan bil cukai pintu?

 
  1. Selepas berjaya daftar ke DBKK eServices, sila ke modul PropertyRates/Assessment, dan masukkan No. Akaun , kemudian pilih dan tekan butang ADD LINK.
  2. Anda boleh melihat bil cukai di Menu Account LIST setelah proses link berjaya.

 

14.

Bolehkah saya memohon lesen melalui eServices?

 

TIDAK, namun kemudahan akan disediakan dalam masa yang terdekat.

 

15.

Kenapa rekod lesen saya tiada dalam senarai walaupun saya telah berjaya mendaftar?

 

Lesen anda akan wujud secara automatik sekiranya No. Pengenalan/passport yang anda daftar dalam DBKK eServices sama dalam lesen.

 

16.

Bolehkah saya memperbaharui lesen yang telah tamat tempoh?

 

BOLEH. Lesen boleh diperbaharui melalui eservices sekiranya tempoh tamat lesen tidak melebihi 2 tahun.

 

17.

Bolehkah saya melihat rekod transaksi yang telah dibuat melalui saluran pembayaran lain?

 

TIDAK, rekod transaksi yang dilakukan dalam akaun daftar DBKK eServis sahaja akan disimpan dalam sejarah transaksi.

 

18.

Bolehkah saya mencetak semula resit pembayaran melalui eServices?

 
  1. YA, sekiranya pembayaran ada dibuat melalui akaun yang berdaftar.
  2. TIDAK, sekiranya ada membuat pembayaran kompaun tanpa berdaftar. Resit akan dihantar terus kepada emel yang dimasukkan semasa transaksi pembayaran dilakukan.

 

19.

Bagaimanakah saya menyemak jika pembayaran saya berjaya?

 
  1. Anda boleh semak resit pembayaran yang dihantar terus ke emel didaftarkan.
  2. Resit pembayaran akan wujud dalam menu Sejarah Transaksi selepas pembayaran berjaya. Sila laporkan kepada enquiry@dbkk.sabah.gov.mysekiranya rekod anda belum dikemaskini selepas tempoh melebihi 24 jam.

 

20.

Apakah yang perlu saya lakukan jika transaksi pembayaran berjaya tetapi akaun saya belum dikemaskini?

 

Sila laporkan kepada enquiry@dbkk.sabah.gov.my sekiranya rekod anda belum dikemaskini selepas tempoh melebihi 24 jam.

 

21.

Bagaimana saya mencetak lesen yang telah diperbaharui melalui eServices?

 

Anda boleh mencetak lesen dengan tempoh baharu daripada menu tepi LICENSE LIST selepas transaksi pembayaran berjaya dikemaskini. Sila laporkan kepada enquiry@dbkk.sabah.gov.my sekiranya rekod lesen anda belum dikemaskini selepas 24 jam pembayaran dibuat.

 

22.

Berapa lama tempoh rekod dikemaskini selepas pembayaran dibuat?

 

Serta merta, tertakluk kepada status talian internet semasa. Sila laporkan kepada enquiry@dbkk.sabah.gov.my sekiranya rekod anda belum dikemaskini selepas 24 jam pembayaran dibuat.

 

23.

Bagaimana saya laporkan untuk bantuan mengenai DBKK eServices?

 

Anda boleh hantar emel kepada enquiry@dbkk.sabah.gov.my