KOTA KINABALU:  Dua rumah urut yang beroperasi tanpa lesen yang sah telah diarah tutup serta merta dan dikenakan kompaun maksimum RM500 setiap satu premis di bawah Undang-Undang Kecil (Rumah Urut) Bandaraya Kota Kinabalu 1979 (Massage Establishment By-Laws 1979) oleh  Dewan Bandaraya Kota Kinabalu  dalam satu  Operasi Bersepadu yang dijalankan pada 19 Jun 2017 di Kampung Air dan Bandaran Berjaya.



Operasi berkenaan yang diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBKK, Noorliza Ag. Alip, berkata kedua-dua premis tersebut turut dikompaun maksimum RM500 setiap satu di bawah Undang-Undang Kecil (Iklan) Bandaraya Kota Kinabalu 1983 (Advertisement By-Laws 1983) kerana tidak mempunyai lesen iklan. Mereka juga telah diarah untuk menanggalkan iklan-iklan berkenaan dengan serta merta.

Beliau berkata operasi empat jam ini telah dijalankan oleh Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasaan DBKK serta Jabatan Imigresen yang melibatkan sejumlah 33 orang anggota keseluruhan. Jabatan Imigresen telah diketuai oleh Timbalan Penolong Pengarah Imigresen, Tony Wong dengan kekuatan seramai 14 orang anggota.

‘Semasa operasi tersebut, lapan orang pekerja rumah urut (2 warganegara China dan 6 warganegara Filipina) serta seorang pekerja di restoran berdekatan telah dibawa ke pejabat Imigresen untuk tindakan lanjut, yang mana dua orang pekerja hanya memiliki permit lawatan sosial sahaja dan seorang hanya memiliki pasport tanpa apa-apa permit masuk. Manakala, enam orang lagi tidak memiliki apa-apa dokumen,’ kata beliau.

Pemantauan berterusan akan dilakukan bagi memastikan premis-premis tersebut tidak beroperasi semula selagi lesen belum diperolehi.

ePlanning Permission

eppbanner

FB Rasmi DBKK

dbfacebooktab

Jadual Pengutipan Sampah

side1JadualPengutipanJKPB

KK City Wifi

aplkkcity

Pautan

 LogoAntiKutuSampah RekaDBKKlogokoperasidbkk

 

DBKK e-Services

eServicesLogo2017

Kod QR

tutorialeservicesecukai

 

Hubungi Kami

DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU
No.1, Jalan Bandaran,
88675 Kota Kinabalu, Sabah.

Talian Am: 088-521800
Fax: 088-219175


Tingkat 7,
Bangunan Centre Point Sabah 
88000 Kota Kinabalu

Talian Am: 088-244000
Fax088-231004


whatsapp s Hotline Aduan Awam:
      012-222 0220

Aduan Awam: 
      088-210011 
 E-mel:
      eims@dbkk.sabah.gov.my

 
E-mel:
      webmaster@dbkk.sabah.gov.my

Statistik Pengunjung

419118
Hari IniHari Ini16
SemalamSemalam79
Minggu IniMinggu Ini148
Bulan IniBulan Ini2138
Jumlah PelawatJumlah Pelawat419118