Pengenalan
Sistem Pelupusan Sampah Sendiri (SPSS) adalah satu alternatif sistem pengurusan sisa pepejal bagi memastikan persekitaran awam bersih dan sihat.

APA ITU SPSS?
1. SPSS ialah sistem di mana penduduk dan pemilik premis perniagaan akan melupuskan sampah mereka sendiri iaitu membuang terus ke lori kompaktor DBKK mengikut jadual yang telah ditetapkan. Ini bermaksud penduduk boleh memanfaatkan penggunaan rumah sampah sedia ada sebagai pusat aktiviti "3 R" dan Pengkomposan.

Klik pada imej untuk paparan yang lebih besar.

 

2. Sistem ini melibatkan pelupusan sisa domestik seperti sisa makanan dan sampah harian.

3. SPSS telah bermula pada 16 Disember 2019, di kawasan Kampung Air, Kota Kinabalu sebagai lokasi perintis. DBKK akan memperluaskan lagi SPSS di sekitar bandaraya Kota Kinabalu.

4. DBKK menyeru agar warga bandaraya menjadikan SPSS ini sebagai satu disiplin baharu dalam kehidupan seharian iaitu mengurus sendiri sampah mereka.

5. Bagi yang berminat untuk mengaplikasikan SPSS ini di kawasan anda, sila hubungi Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal (JPSP) DBKK di talian 088-244000. Bersama Kita Memastikan Kota Kinabalu Sejahtera.