Atas rasa keprihatinan dan peduli, Yang Berbahagia Datuk Noorliza Awang Alip, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu telah menyampaikan sumbangan kepada anggota terpilih DBKK sempena Ramadan dan Hari Raya Aidilfitri tahun 2022. Program bantuan ini telah dilaksanakan pada jam 1.00 petang tadi di Pejabat Mayor, Tingkat 3, Ibu Pejabat DBKK. Seramai 10 orang kakitangan terpilih DBKK telah menerima bantuan berbentuk Baucar Servay bernilai RM150 berserta hamper bernilai RM50 bagi setiap penerima.

Turut mengiringi adalah Tuan Abd. Manaf Rajikan, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pembangunan), Tuan Rozie Khan, Pengarah Jabatan Landskap, Puan Abby Mae Joe, Pengarah Jabatan Penilaian, Puan Sally Edward Ghani, Pengarah Jabatan Arkitek dan Projek Khas, Tuan Jack Lo, Pengarah Jabatan Kejuruteraan dan Tuan Zainuddin bin Abd. Goyoh, Pengarah Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam.

Semoga sumbangan ini dapat sedikit sebanyak mengurangkan beban para penerima dan dimanfaatkan dengan sebaiknya untuk keluarga tersayang di hari lebaran yang menjelang tiba.