Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menganjurkan Kursus Kesedaran Komuniti:Kebun Bandar Siri 1/2022 pada 29 dan 30 Jun 2022 yang dirasmikan oleh Tuan Robert Lipon, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBKK mewakili YBhg. Datuk Noorliza Awang Alip, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu. Objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman berkaitan konsep kebun komuniti di bandar dan kefahaman asas pertanian kepada peserta perintis Komuniti Kebun Bandar Kota Kinabalu.
Tiga taklimat telah dikongsikan pada hari pertama kursus (29 Jun 2022) iaitu :
1. Taklimat Program Pertanian Bandar oleh Tuan Jumat Sari dari Jabatan Pertanian Sabah
2. Taklimat Garis Panduan Kebun Bandar Raya Kota Kinabalu oleh Puan Noorhayati Buang dari Jabatan Kesejahteraan Masyarakat DBKK
3. Taklimat dan latihan amali Teknik Asas Bertani oleh Puan Rosmah Murdad dari UMS Sandakan

Hari terakhir kursus (30 Jun 2022) diisi dengan lawatan ke Pusat Latihan Pertanian Bersepadu, Jabatan Pertanian Sabah di Kg. Duvanson Putatan. Selain sesi penerangan diberikan kepada semua peserta mengenai pusat latihan tersebut oleh Dr. Dyg Shamimi Daud, peserta juga dikongsikan dengan Taklimat Fertigasi oleh Puan Romnah Rusdi serta lawatan ke Struktur Pelindung Hujan (SPH) Tanaman Fertigasi Usahawan Melon.
Dalam kursus ini, seramai 55 orang peserta yang terdiri dari perintis Komuniti Kebun Bandar Kota Kinabalu dari Komuniti Rukun Tetangga (KRT) Taman Sempelang, Kg. Sembulan Baru, Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDB) Taman Sempelang, Taman Khidmat, Grace Court Sembulan dan Jabatan Landskap DBKK serta anggota DBKK lain.