Program Yuk! tanam pokok adalah usaha DBKK melalui rangkaian Love KK menggunakan platform Love Green KK untuk menggalakkan penanaman pokok pelbagai jenis di dalam kawasan kita! Adalah menjadi matlamat kita sebagai WARGA KOTA KINABALU untuk menanamkan sekurang-kurangnya 4,000 (jumlah keseluruhan) pokok SETIAP tahun di kawasan Bandaraya Kota Kinabalu selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri untuk mencapai sasaran menanam pokok sejumlah 1.3 juta pokok menjelang tahun 2033 di seluruh Sabah.

Langkah 1 : Sediakan ruang tanaman di tanah, pasu atau di tempat yang sesuai;
Langkah 2 : Pastikan ia ditanam di kawasan yang dibenarkan seperti di dalam lot rumah/tanah atau kebun sendiri atau juga premis sendiri;
Langkah 3 : Tanam pokok yang sesuai dengan ruang anda seperti pokok teduhan/palma/buah-buahan atau renek hiasan;
Langkah 4 : Isi borang SAYA TANAM POKOK KERANA "I ❤ GREEN KK" dengan mengimbas QR Code di bawah untuk mengisytiharkan usaha anda!;
Langkah 5 : Pamerkan tanaman anda di facebook/instagram/twitter dan tag #LOVEKK #LOVEGREENKK

Yuk! umumkan berapa pokok yang anda telah tanam hari ini .. (Lets declare how many trees you've planted today! )
Tarikh dan masa : sepanjang tahun 2022