Bil. Soalan Jawapan
BAHAGIAN PENDIDIKAN AWAM
1. Bagaimana cara ingin memohon carwash sebelah bin centre? Buat masa ini, semua permohonan baru bagi mengusaha carwash sebelah bin centre tidak akan diproses.

2. Sisa kebun? Sila masukkan ke dalam plastik dan diikat rapi serta letak di sebelah tong sampah anda.Sekiranya jumlah yang banyak sila hubungi DBKK untuk kutipan dan caj RM240 per trip akan dikenakan.

Pegawai yang boleh dihubungi:
Puan Stella Stephen
Ketua Bahagian Pendidikan Awam
Telefon : 016-8256760

BAHAGIAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL
1. Bagaimana memohon Tong Sampah? DBKK tiada menyediakan bekalan tong. Orang awam adalah diminta beli sendiri di kedai hardware yang ada menjual tong sampah.

2. Bagaimana memohon perkhidmatan pengutipan sampah? Orang awam perlu mengemukakan surat permohonan beserta salinan OC Sijil Menduduki. Maklumbalas surat akan diproses dalam masa 7 ke 14 hari masa bekerja. Jika permohonan lulus, pemohon haruslah menyediakan tong sampah dengan tanggungan belian tong sampah sendiri.
Jika kawasan adalah dalam kawasan taman perumahan jenis teres, jenis tong yang perlu disediakan adalah jenis sulo bin iaitu bersaiz 110 liter.
Jika kawasan adalah premis bangunan/ kedai / kilang/ pejabat syarikat/ shopping mall, pemohon haruslah menyediakan tong sampah jenis tong komunal iaitu bersaiz 1200 liter.

Pegawai yang boleh dihubungi:
Encik Zephirinus Andui
Ketua Bahagian Pengurusan Sisa Pepejal
Telefon : 014-3711532