Bil. Soalan Jawapan
BAHAGIAN PENGURUSAN TANDAS AWAM
  TOPIK : KEMUDAHAN TANDAS AWAM
1. Berapakah tandas awam di bawah seliaan Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya, DBKK? Terdapat 18 buah tandas awam di bawah seliaan Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya, DBKK seperti yang berikut:
1. Tandas Awam Telipok
2. Tandas Awam Manggatal (Bersebelahan Padang)
3. Tandas Awam Manggatal (Bersebelahan Tapak Tamu)
4. Tandas Awam Inanam Kionsom
5. Tandas Awam Inanam Pasar
6. Tandas Awam Damai Phase 4
7. Tandas Awam Gaya (Dekat Bangunan Sabah Tourism Board)
8. Tandas Awam Gaya Proper
9. Tandas Awam Sinsuran
10. Tandas Awam Bersebelahan SAFMA
11. Tandas Awam Pasar Besar Kota Kinabalu
12. Tandas Awam Anjung Senja
13. Tandas Awam Taman Chong Tien Vun
14. Tandas Awam Jalan Padang (Depan Padang Merdeka)
15. Tandas Awam Bandaran Berjaya
16. Tandas Awam Tanjung Aru (Pasar)
17. Tandas Awam Sembulan
18. Tandas Awam Kepayan

2. Siapakah yang menguruskan tandas awam di taman-taman awam DBKK? Tandas awam di taman-taman awam DBKK diuruskan oleh Jabatan Landskap, DBKK.

3. Bagaimanakan saya menyalurkan aduan berkaitan kebersihan dan kemudahan tandas awam di Kota Kinabalu? Aduan boleh disalurkan kepada:
• Talian : +6088 313991 (Isnin-Jumaat, 8.00 pagi - 5.00 petang)
• WhatsApp : +6012 222 0220
• Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
• Surat-menyurat ke Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK

4. Adakah DBKK membuat penilaian kebersihan tandas dan penarafan Bintang Tandas? Ya, semua tandas awam termasuklah tandas di pusat membeli- belah, sekolah, stesen bas, lapangan terbang akan dinilai kebersihan dan diberikan Taraf Bintang. Penilaian kebersihan akan dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya, DBKK.

5. Bagaimanakah pusat membeli-belah, sekolah atau lain-lain syarikat memohon untuk penilaian kebersihan tandas dan penarafan bintang? Mereka boleh menghantar permohonan secara bertulis kepada Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, Tingkat 7, Centre Point Sabah dengan menyatakan tarikh dan masa untuk penilaian dijalankan.