Bil. Soalan Jawapan
1. Apakah Cukai Kadaran/ Cukai Pintu/ Cukai Tafsiran? Cukai Kadaran merupakan cukai yang dikenakan ke atas semua hartanah yang terletak di Kawasan Perkadaran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu selaras dengan peruntukan undang- undang di bawah Bahagian X hingga Bahagian XII, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961 (pindaan Tahun 2000).

2. Apakah hartanah yang dikenakan Cukai Kadaran / Cukai Pintu / Cukai Tafsiran? Semua jenis pegangan atau hartanah yang terletak di Kawasan Perkadaran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu adalah dikenakan Cukai Kadaran kecuali jenis hartanah yang dinyatakan dalam Seksyen 73, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961

Contoh hartanah yang dikenakan Cukai Kadaran adalah
  • Hartanah Kediaman (rumah teres, banglo, rumah pangsa, kondominium, rumah kedai dan sebagainya)
  • Hartanah Komersial (kedai, pejabat, kompleks membeli-belah, hotel, stesen minyak dan sebagainya)
  • Hartanah Industri (kilang, bengkel, loji dan jentera)
  • Tanah kosong
3. Apakah hartanah yang dikecualikan Cukai Kadaran / Cukai Pintu/ Cukai Tafsiran? BHartanah yang dikecualikan Cukai Kadaran adalah seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 73, Ordinan Kerajaan Tempatan 1961.

Contoh hartanah yang tidak dikenakan Cukai Kadaran adalah:
  • Tempat beribadah (Masjid, Gereja, Kuil dan sebagainya
  • Tanah perkuburan awam
  • Hartanah yang digunakan untuk tujuan pendidikan atau kebajikan yang tidak menghasilkan keuntungan
  • Tempat riadah dan sukan yang tidak menghasilkan keuntungan
4. Siapakah Yang Bertanggungjawab Ke Atas Cukai Kadaran / Cukai Pintu/ Cukai Tafsiran? Pemilik setiap hartanah berkadar.

5. Apakah Tujuan Cukai Kadaran / Cukai Pintu / Cukai Tafsiran Dikenakan?
  • Membiayai pembinaan dan penyelenggaraan kemudahan awam seperti dewan orang ramai, perhentian bas, taman rekreasi, pasar, padang permainan, tandas awam dan sebagainya.
  • Penyelenggaraan dan pembinaan infrastruktur seperti jalan, parit, longkang, lampu jalan, lampu lalulintas dan sebagainya.
  • Pembersihan kawasan-kawasan awam di taman perumahan, pusat-pusat perniagaan, perindustrian dan sebagainya
6. Bagaimanakah Pengiraan Cukai Kadaran / Cukai Pintu / Cukai Tafsiran Dibuat? Formula pengiraan cukai kadaran adalah seperti berikut:-
Nilai Tahunan Hartanah X (Peratus Kadar Yang Dikenakan - Jumlah Cukai Yang Perlu Dibayar)

7. Apakah Nilai Tahunan Hartanah? Selaras dengan seksyen 72, Nilai Tahunan Hartanah adalah didefinisikan sebagai sewa kasar setahun yang secara munasabah boleh diperolehi dari sesuatu hartanah jika pemilik hartanah tersebut bertanggungjawab ke atas bayaran-bayaran yang berkaitan dengan cukai tanah, kos pembaikan dan penyelenggaraan, insuran dan bayaran-bayaran lain yang perlu untuk membolehkan hartanah itu mencapai kadar sewa yang munasabah.

8. Berapakah Peratus Kadar Cukai Yang Dikenakan?
Kawasan Jenis Hartanah Cukai Am (%) Cukai Pembentungan
Bandar Komersil
Industri
Kediaman
Tanah kosong

26
26
26
18

1
1
1
-

Separuh Bandar Komersil
Industri
Kediaman
Tanah kosong

21
21
13
5

1
1
1
-

Perkadaran Baru Komersil
Industri
Kediaman
Tanah kosong

11
11
7
2

1
1
1
-



8. Apakah Akibatnya Jika Gagal Membayar Cukai Kadaran / Cukai Pintu / Cukai Tafsiran? Sekiranya cukai kadaran tidak dijelaskan, pemilik hartanah akan dikenakan;-
  • Faedah sebanyak 2% sesuku ke atas jumlah tunggakan Cukai Kadaran/ Cukai Pintu/ Cukai Tafsiran
  • Tindakan undang-undang ke atas pemilik hartanah selaras dengan peruntukan undang-undang di bawah Bahagian XII, Ordinan Kerajaan Tempatan


9. Apakah Tanggungjawab Seorang Pembayar Cukai Kadaran / Cukai Pintu / Cukai Tafsiran? i. . Membuat pembayaran cukai kadaran setiap suku atau secara tahunan;

ii. Memaklumkan kepada Jabatan Penilaian DBKK jika terdapat sebarang pertukaran pemilikan hartanah dengan menyertakan dokumen-dokumen berikut;-
  • Salinan Geran Hakmilik; atau
  • Salinan Memorandum Pindahmilik; atau
  • Salinan Perjanjian Jualbeli; atau
  • Salinan Memorandum Of Contract
iii. Memaklumkan kepada Jabatan Penilaian DBKK jika terdapat sebarang pertukaran alamat surat menyurat atau maklumat perhubungan pemilik terkini.

10. Bagaimanakah caranya untuk membuat pengemaskinian maklumat pemilikan hartanah dalam bil Cukai Kadaran / Cukai Pintu / Cukai Tafsiran? Pemilik/wakil pemilik hartanah perlu menyediakan dokumen berikut:-
  • Salinan Geran Hakmilik; atau
  • Salinan Memorandum Pindahmilik; atau
  • Salinan Perjanjian Jualbeli; atau
  • Salinan Memorandum Of Contract
kepada Jabatan Penilaian di Kaunter 1, Tingkat Bawah, Bangunan Ibupejabat DBKK

atau

Email permohonan kepada
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Permohonan melalui email harus disertakan dengan dokumen berikut dalam bentuk PDF:-
  • Salinan Geran Hakmilik; atau
  • Salinan Memorandum Pindahmilik; atau
  • Salinan Perjanjian Jualbeli; atau
  • Salinan Memorandum Of Contract
Permohonan melalui email juga harus disertakan dengan maklumat berikut:
  • No. Rujukan Cukai Kadaran
  • No. Geran Tanah
  • No. Telefon Pemilik
  • Email Pemilik
  • Alamat Hartanah
  • Alamat surat-menyurat (yang baru)

Sebarang maklumat lanjut boleh terus berhubung dengan kakitangan Jabatan Penilaian di talian 088-521800 ext 716, 717, 718 atau 719

11. Bagaimanakah caranya untuk membuat pengemaskinian alamat surat menyurat dalam bil Cukai Kadaran / Cukai Pintu / Cukai Tafsiran? i. Mengisi borang permohonan pengemaskinian alamat surat menyurat di Kaunter 1, Tingkat Bawah, Jabatan Penilaian DBKK

atau

ii. Email permohonan kepada
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Permohonan harus disertakan dengan maklumat berikut:
  • No. Rujukan Cukai Kadaran
  • No. Geran Tanah
  • No. Telefon Pemilik
  • Email Pemilik
  • Alamat Hartanah
  • Alamat surat-menyurat (yang baru)

Sebarang maklumat lanjut boleh terus berhubung dengan kakitangan Jabatan Penilaian di talian 088-521800 ext 716, 717, 718 atau 719

12. Apakah yang perlu dilakukan jika sekiranya pemilik hartanah telah meninggal dunia tetapi tidak membuat sebarang pertukaran nama ke atas hartanah ketika hidupnya? Waris pemilik hartanah perlu membekalkan dokumen berikut kepada Jabatan Penilaian, DBKK:-
  • Jadual 3 daripada Mahkamah Anak Negeri bagi pemilik beragama Non-muslim
  • Permohonan Pembahagian Harta Pusaka Si Mati daripada Mahkamah Syariah Muslim bagi pemilik beragama muslim
  • Salinan kad pengenalan waris pemilik hartanah

Maklumat Pemilikan Hartanah akan dikemaskini mengikut Keputusan Mahkamah dalam dokumen tersebut.