Bil. | Soalan | Jawapan | ||||||||||||||||||
Unit kelulusan Landskap, Bahagian kelulusan Landskap dan Pentadbiran | ||||||||||||||||||||
1. | Bagaimana cara untuk mengemukakan permohonan baru untuk kelulusan pelan landskap? | a) Pelan Landskap perlu dikemukakan oleh konsultan profesional yang bertauliah; b) Pemohon perlu mendapatkan borang senarai semak serahan pelan landskap melalui Pejabat Jabatan Landskap sebelum mengemukakan permohonan; c) Kemukakan permohonan pelan landskap yang lengkap mengikut borang senarai semak serahan pelan landskap (No.Borang:JL/UKP-2021/1); d) Menjelaskan yuran pemprosesan sebanyak RM250.00 semasa pengemukaan dibuat; e) Ulasan jabatan akan diberikan dalam tempoh 15 hari bekerja dari tarikh permohonan; f) Surak kelulusan akan dikembalikan kepada pemohon selepas mendapat endorsement daripada Mayor; g) Untuk maklumat lanjut/pertanyaan keperluan teknikal boleh hubungi: Unit Kelulusan Landskap, Jabatan Landskap di talian 088-244 000 sambungan 617 |
||||||||||||||||||
2. | Bagaimana untuk mendapatkan Sokongan Sijil Layak Menduduki (O.C) dari Jabatan Landskap? | a) Juruperunding/pemohon perlu kemukakan surat permohonan sokongan O.C dan gambar tapak yang terkini kepada pejabat Jabatan Landskap DBKK; b) Tarikh pemeriksaan tapak akan dimaklumkan kepada pemohon; c) Membuat lawatan pemeriksaan tapak bersama juruperunding dan pemaju; d) Surat sokongan O.C (Landskap)/surat tindakan pemaju akan dikeluarkan kepada pemohon jika terdapat keperluan; e) Pemeriksaan tapak akan dibuat semula jika memerlukan tindakan pemaju sehingga mematuhi semua syarat keperluan Landskap yang telah diluluskan. |
||||||||||||||||||
3. | Bagaimana proses permohonan serah tapak Landskap? | a) Pemaju/pemohon perlu kemukakan surat permohonan serah tapak dan gambar tapak yang terkini kepada pejabat Jabatan Landskap; b) Tarikh pemeriksaan tapak akan dimaklumkan kepada pemohon; c) Membuat lawatan pemeriksaan tapak bersama pemaju; d) Surat kelulusan/surat tindakan pemaju akan dikeluarkan kepada pemohon jika terdapat keperluan; e) Pemeriksaan tapak akan dibuat semula jika memerlukan tindakan pemaju sehingga mematuhi semua syarat keperluan landskap yang telah diluluskan. |
||||||||||||||||||
Unit Kontak Rumput, Bahagian Kekemasan & Penyelenggaraan Rumput | ||||||||||||||||||||
1. | Berapa kekerapan pemotongan rumput DBKK di taman perumahan? | Sekali sebulan. |
||||||||||||||||||
2. | Bila pemotongan rumput dilaksanakan? | Kerja-kerja pemotongan rumput adalah mengikut jadual yang telah ditetapkan setiap bulan. | ||||||||||||||||||
Unit Tempahan, Bahagian Pengurusan Taman Awam | ||||||||||||||||||||
1. | Bagaimana cara untuk memohon tempahan tapak di Taman Awam sekitar Bandaraya Kota Kinabalu? | a) Untuk pertanyaan boleh hubungi: Puan Esther Jikonol Unit Tempahan Jabatan Landskap DBKK 088 – 244 000 sambungan 619 Waktu berurusan : 7.30 pagi – 4.30 petang b) Hadir ke Pejabat Jabatan Landskap : Jabatan Landskap, Bangunan Centre Point Tingkat 7 |
||||||||||||||||||
2. | Apakah dokumen yang perlu dibawa semasa membuat tempahan? | Tiada. Isi borang tempahan Taman Awam dengan lengkap sahaja. |
||||||||||||||||||
3. | Berapa bayaran/cagaran dikenakan? | a) Sewa Tapak
b) Deposit Kebersihan
c) Acara Tempatan / Antarabangsa
|
||||||||||||||||||
4. | Berapa lama proses untuk kelulusan tempahan tapak yang dimohon? | Selepas membuat pembayaran sewa dan deposit. |
||||||||||||||||||
5. | Bagaimana untuk dapatkan semula deposit dan tempoh masa wang pengembalian? | a) Pemohon perlu datang semula ke pejabat Jabatan Landskap untuk pengisian borang pengesahan untuk tuntutan pengembalian deposit b) Tempoh pengembalian wang deposit/sewa tapak diantara 14-30 hari masa bekerja |
||||||||||||||||||
6. | Berikut adalah senarai Taman-Taman Awam yang dibawah tanggung jawab DBKK | a) Taman Awam Teluk Likas (TATL) Pantai 1 b) Taman Awam Teluk Likas (TATL) Pantai 2 c) Taman Awam Teluk Likas (TATL) Fasa 2 d) Pantai Tanjung Aru 1 e) Taman Ujana Rimba |
||||||||||||||||||
Unit Rekabentuk | ||||||||||||||||||||
1. | Adakah Jabatan Landskap menyediakan perkhidmatan untuk cadangan reka bentuk kepada orang awam atau agensi luar? | Tidak. Jabatan Landskap tidak menyediakan perkhidmatan tersebut. |
||||||||||||||||||
Unit Penyelenggaraan Pokok | ||||||||||||||||||||
1. | Adakah Jabatan Landskap menyediakan perkhidmatan pemotongan pokok, pembersihan semak/belukar dan selenggara landskap di lot persendirian? | Tidak. Jabatan Landskap tidak menyediakan perkhidmatan tersebut. |
||||||||||||||||||
Unit Aduan | ||||||||||||||||||||
1. | Bagaimana orang awam ingin membuat aduan landskap? | Untuk sebarang aduan boleh disalurkan kepada: Jabatan Pengaduan & Perhubungan Awam DBKK Hotline DBKK : 088 313 991 (Isnin-Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang) Whatsapp : +6012 222 0220 Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
||||||||||||||||||
Unit Hiasan | ||||||||||||||||||||
1. | Siapa yang layak untuk membuat permohonan sewa bunga pasu Jabatan Landskap? | Permohonan dibenarkan kepada agensi kerajaan sahaja. Permohonan dari agensi luar perlu mendapat kelulusan daripada Mayor. |
||||||||||||||||||
2. | Berapa kadar harga yang dikenakan untuk sewa bunga pasu termasuk kos pengangkutan? | a) Kadar sewa ikut saiz pasu dan jenis bunga, kos pegangkutan Rm120/trip dan tenaga pekerja RM50/seorang b) Hanya kos sewaan bunga pasu sahaja akan dikenakan jika pengangkutan dan penyusunan bunga dikendalikan/diurus sendiri oleh pemohon |
||||||||||||||||||
3. | Pemohon boleh membuat pilihan sendiri spesis tanaman yang dikehendaki? | Boleh. |
||||||||||||||||||
4. | Berapa lama tempoh masa yang dibenarkan untuk sewa bunga pasu? | Bergantung kepada hari acara penganjur. |
||||||||||||||||||
5. | Berapa lama tempoh masa yang dibenarkan untuk sewa bunga pasu? | Pemohon boleh kemukakan surat permohonan kepada Pengarah Jabatan Landskap untuk mendapatkan kelulusan. |